SPRM Selar MALAYSIAKINI Buat BERITA PALSU

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM : SPRM NAFI LAPORAN MALAYSIAKINI

Merujuk kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk “MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers“, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia.

Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.

DATUK MUSTAFAR ALI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA
13 OGOS 2015