Teramat Jahat Spin Dan Pembohongan Malaysiakini Tentang Gabenor Bank Negara

Tajuk berita Malaysiakini yang baru keluar sekejap tadi berbunyi, ‘Zeti: I may be arrested for speaking about an individual’.
http://www.malaysiakini.com/news/308485

Malaysiakini telah memetik Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz sebagai berkata (lihat tangkapan skrin di bawah):



“Otherwise, the moment I step out of this door, I will face arrest for talking about an individual right now.”

Yang sebenarnya yang dicakap Zeti ialah:
“Otherwise, the moment that I step out of this door, I will face arrest for talking about an individual ACCOUNT.”

Cuba anda dengar sendiri rakaman audio-visual dalam klip video di bawah.

Banyak beza sebenarnya di antara isi percakapan Zeti dengan laporan palsu Malaysiakini.

Memang mengikut undang-undang pembankan (Bafia), butir-butir peribadi akaun adalah rahsia.

Yang dibuat spin Malaysiakini ialah gambaran bahawa Zeti akan ditangkap dengan serta-merta sekiranya beliau menyebut apa-apa tentang ‘seseorang individu tertentu’ pada masa kini.

Itulah. Portal-portal pemfitnah tak habis-habis dengan putar-belit criminal defamation mereka.

MUTAKHIR:
Malaysiakini sudah ‘ubah’ sedikit tajuk mereka.

Oleh Helen Ang,
https://helenang.wordpress.com/2015/08/13/teramat-jahat-spin-dan-pembohongan-malaysiakini-tentang-zeti/