Untuk Kefahaman Yang Mudah, Kita Bayangkan Matawang Sesebuah Negara Itu Tidak Jauh Seperti ‘SAHAM’ Sesebuah Negara

Setiap saham syarikat ada harganya tersenarai di pasaran saham.

Samalah seperti matawang sesebuah negara di pasaran matawang. Bayangkan sebuah negara itu sebagai suatu syarikat.

Semua saham syarikat ada harga asasnya. Harga asas ini berdasarkan nilai aset dan jumlah tunai yang di milikinya.

Samalah matawang sesebuah negara ada nilai asasnya yang berdasarkan jumlah rizabnya, kedudukan kewangan dan jumlah hutangnya dan sebagainya. Bank negara menyatakan nilai asas Ringgit Malaysia adalah sekitar RM3.60-RM3.70 kepada USD1.00.

Walaupun begitu, harga saham sesebuah syarikat tidak semestinya berada pada harga asas. Umpamanya, dengan adanya ura-ura barang jualan syarikat itu akan jatuh boleh memberi kesan negatif kepada harga saham syarikat tersebut.

Samalah juga dengan matawang syarikat. Jika 80% dari pendapatan eksport negara tersebut datangnya dari jualan minyak, dan harga minyak merosot, maka nilai matawang negara tersebut pun akan turut merosot.

Pendek kata, untuk kefahaman mudah, kita bayangkan matawang sesebuah negara itu tidak jauh seperti “saham” sesebuah negara.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10205826017103617