Permohonan 7 Pasar Tani Telah Dilengahkan Oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP), DS Zainal Abidin Osman telah melahirkan rasa kecewanya terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pertama, DS Zainal Abidin kecewa kerana kerana Kerajaan DAP negeri telah melengah-lengahkan permohonan membuka 7 pasar tani baharu di negeri ini.

Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak dua tahun lalu, namun tidak diluluskan sehingga kini.

Menurut beliau, tapak pasar tani itu melibatkan tiga kawasan di Seberang Perai Utara (SPU); Seberang Perai Selatan (SPS); Georgetown dan Tanjong Tokong.

Apa yang dikesalkan, tambahnya, kerajaan negeri memberi pelbagai alasan tidak munasabah dalam menolak permohonan membuka tapak pasar tani baharu itu seperti kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kita mendesak MPSP dan MBPP mengkaji permintaan ini kerana tujuannya adalah untuk kesenangan dan kebajikan penduduk tempatan.

“Umum mengetahui barang-barang yang dijual di pasar tani jauh lebih murah selain dekat dengan kawasan penempatan penduduk sekali gus dapat membantu mereka berjimat dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Lihat:

Permohonan sejak 2 tahun yang lalu dan tidak diluluskan atau tiada jawapan ini sudah pasti mengejutkan kita semua kerana kemudahan pasar tani ini sudah pasti akan dapat mengurangkan bebanan rakyat. Tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan DAP negeri. http://goo.gl/HMqvcx

Maka timbul persoalan sama ada kerajaan DAP negeri prihatin dan mahu membantu peniaga-peniaga bumiputera yang akan berniaga di Pasar Tani ini? http://goo.gl/YXGEI4

Malah, alasan ‘kesesakan lalu lintas’ ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana terdapat jalan di Pulau Pinang yang turut dipenuhi dengan gerai-gerai tetapi tiada tindakan yang dilakukan di atas alasan ‘kesesakan lalu lintas’.

Kedua, ialah satu lagi isu rakyat iaitu isu perumahan. DS Zainal Abidin juga kecewa dengan sikap Lim Guan Eng yang tidak memberi respon terhadap permintaan pihaknya untuk bertemu dan berbincang mengenai pelaksanaan projek rumah mampu milik di negeri ini.

Menurutnya, beliau berharap dapat berjumpa Guan Eng segera memandangkan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo sebelum ini tidak membuahkan hasil.

“Sudah setahun lebih kita menunggu berjumpa Guan Eng iaitu sejak kita menulis surat kepadanya pada Ogos tahun lalu, namun sehingga kini beliau tidak berminat mengadakan pertemuan dengan kita.

“Kita harap beliau dapat membuat keputusan wajar kerana ini membabitkan kesejahteraan penduduk negeri ini yang berharap dapat memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Rakyat Pulau Pinang sudah pasti turut kecewa dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang ini. Kedua-dia isu yang dibangkitkan ini adalah keperluan terkini rakyat negeri dan kerajaan DAP sepatutnya prihatin dan menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh MTPNPP ini.

Isu-isu ini bukan isu yang perlu dipolitikkan tetapi perlu disegerakan demi rakyat. Kita tunggu dan lihat respons Lim Guan Eng DAP, itu pun jika beliau benar-benar mementingkan rakyat Pulau Pinang.

Tetapi diharapkan agar Lim Guan Eng DAP akan memberi respon dengan kadar segera sebelum rakyat bangkit mempersoalkan kredibiliti beliau.

Sumber: http://novandri.blogspot.my/2015/09/beranikah-cmlimguaneng-dap-jawab-2-isu.html