Pakatan Harapan : Parti Sosialis Malaysia Berang Tidak Dijemput Ke Mesyuarat Pembentukan Pakatan Baru

Bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan sebab sebenar partinya tidak dijemput menghadiri sidang meja bulat untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu.

Gesaan itu dibuat selepas kedua Ahli Parlimen pembangkang, Khalid Samad (Parti Pekerja/Shah Alam) dan Ong Kian Ming (DAP/Serdang) menafikan pihaknya terlibat dalam urusan jemputan dan semuanya bergantung kepada keputusan Wan Azizah.

“Sekarang kedua-dua MP YB Ong Kian Ming dan YB Khalid Samad telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak berbohong dan menunding jari kepada DS Wan Azizah sebagai pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan bahawa PSM tidak setuju dengan Common Position, manifesto dan Perkara 153 tersebut dalam mesyuarat meja bulat.

“Saya amat berharap Kak Wan menjelaskan ‘kebenaran’ kerana Kak Wan sendiri tidak asing dengan perkataan ‘fitnah’,” kata Arutchelvan dalam Facebook hari ini. https://www.facebook.com/arul.psm/posts/10153644357843713?fref=nf

Sebelum ini, Ong dan Khalid dilaporkan Malaysiakini mendakwa PSM tidak dijemput menghadiri sidang meja bulat kerana mendakwa parti itu menolak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia. http://m.malaysiakini.com/news/313322

Menolak dakwaan itu, Arutchelvan menganggap tuduhan itu bersifat fitnah dan berniat jahat.

“Bila, di mana, siapa yang hadir sebagai saksi untuk perbincangan (yang menuduh PSM mengeluarkan) ini diadakan ?

“Terdapat hanya tiga mesyuarat antara PSM dan Pakatan Rakyat. Pertama mesyuarat yang dihadiri Tian dan Azmin, kedua dihadiri oleh Nurul Izzah, Fuziah, Muhammad Sabu and Tony Pua dan ketiga dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Xavier Jeyakumar.

“Dalam ketiga-tiga perbincangan itu, tidak pernah Perkara 153 dibincangkan,”kata Arutchelvan. https://www.facebook.com/arul.psm/posts/10153642402168713

Beliau menambah PSM tidak marah dan tidak terdesak jika partinya tidak dijemput untuk persidangan meja bulat kerana keputusan itu adalah adalah hak penganjur.

“Tetapi kami (PSM) tidak boleh bertolak ansur dengan pembohongan terang-terangan dan manipulasi.

“Kami ingin menuntut penjelasan daripada Pakatan Harapan Baru yang terbaik ,”katanya lagi.

Susulan perkara itu, seorang Ahli Jawatankuasa Parti Pekerja, Mohamed Hanipa Maidin tampil memohon maaf kepada PSM.

“Saya boleh menghargai kekecewaan sahabat-sahabat daripada PSM yang terkilan dengan alasan yang dikatakan menjadi punca PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Rakyat (PR) atau Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Hanipa dilaporkan The Malaysian Insider mempertahankan Ong dan Khalid tidak berbohong kerana mereka hanya menyampaikan maklumat yang disampaikan kepada mereka. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amanah-mohon-maaf-tapi-psm-jangan-keterlaluan

“Saya percaya mereka berdua tidak mempunyai niat untuk memalukan PSM atau menipu atau apa niat buruk yang lain.

“Oleh itu apabila ada sahabat-sahabat PSM menggunakan istilah tipu atau bohong (lies)’kepada kedua-dua sahabat saya itu, bagi saya ia satu kenyataan yang agak ‘strong’ dan adalah lebih baik ia tidak dikeluarkan sebegitu,” katanya.

Beliau berkata tuduhan sebegitu tidak harus dilemparkan terutama kepada Khalid, kerana selama ini ahli Parlimen Shah Alam itu selalu mempertahankan Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim daripada pemimpin tertinggi PAS.

“Khalid Samad sendiri antara individu yang banyak mempertahankan Nasir dalam isu Kota Damansara meskipun beliau terpaksa berhadapan dengan para pemimpin PAS termasuk pemimpin tertinggi yang cuba bersungguh mengetepikan Nasir dengan pelbagai tuduhan tuduhan yang berbentuk ‘hearsay’ dan tidak dibuktikan.

“Khalid boleh dikatakan konsisten mempertahankan Nasir meskipun menjadi mangsa tomahan tomahan negatif daripada bekas parti beliau,” katanya.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/25/psm-desak-wan-azizah-jelaskan-sebab-tidak-dijemput-persidangan-meja-bulat/