Abdul Wahid Omar Mangsa ‘SPIN’ Terbaru MALAYSIAKINI Memberi Penjelasan

Mangsa terbaru putar belit ‘media bebas’ negara kita adalah Abdul Wahid Omar. Baca penjelasan beliau di bawah:


Saya fikir saya sudah mengkongsikan apa yang telah dicapai pada majlis penutup IACC kali ke 16 semalam. Berbanding hanya dengan membaca teks, saya fikir adalah saya lebih baik sekiranya saya bercakap dari hati dan berbicara mengenai pengalaman peribadi saya keluar dari kepompong kemiskinan hasil dari polisi kerajaan yang menyeluruh untuk membasmi kemiskinan.

Antara perkara yang saya jelaskan adalah:

1) Tiada negara akan dapat mencapai kejayaan ekonomi inklusif yang menyeluruh dan mampan sekiranya rasuah berleluasa dan berakar umbi di dalam sebuah negara. Tetapi itu tidak lah bermaksud rasuah tidak wujud. Ianya wujud dan kita semua mesti memainkan peranan kita untuk menentang rasuah.

2) Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membasmi rasuah. Ini termasuklah mengukuhkan dan menjadikan SPRM lebih bebas. SPRM telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang, tanpa perasaan takut dan pilih kasih dan saya boleh mengesahkan kenyataan saya ini kerana SPRM sendiri pernah mengambil kenyataan saya sebanyak 2 kali. Kali pertama adalah ketika saya masih menjawat jawatan CEO Telekom. Kali kedua hanyalah beberapa hari yang lepas, iaitu sejurus selepas pembukaan IACC di mana saya dipanggil ke pejabat SPRM berhubung dengan satu kes ketika saya masih di sektor swasta. Walaupun ianya bukan tuduhan peribadi ke atas saya, faktanya adalah SPRM telah menjalankan tugasan mereka tanpa perasaan takut dan pilih kasih dan tiada masalah untuk memanggil menteri kabinet ataupun CEO korporat.

3) Di dalam proses menentang rasuah, adalah penting untuk kita menentang pihak yang menawarkan rasuah, bukan setakat yang menerima rasuah. Di dalam hal perdagangan hidupan liar terancam, kita sering kali mendengar kenyataan “apabila pembelian terhenti, pembunuhan juga akan berhenti”. Di dalam perjuangan kita menentang rasuah, saya mempercayai kenyataan “jika pemberian rasuah berhenti, penerimaan rasuah akan berhenti juga”.

4) Saya kemudian menekankan yang orang melakukan kesalahan kerana mereka fikir mereka boleh terlepas apabila melakukannya. Prinsip yang sama terpakai untuk rasuah. Dengan itu, adalah penting untuk kita menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan konsisten. Undang-undang bersifat tidak terlupa dan tidak melupakan. Jika benar jenayah telah dilakukan, lambat laun ianya akan diketahui. Jika tidak hari ini, mungkin esok, mungkin tahun depan dan mungkin juga 10 tahun dari sekarang. Kita ada Tuhan dan kebenaran pastinya akan tertegak.

Malangnya, satu portal berita online ini hanya menekankan penjelasan ke-4 saya dan menggunakan foto lama saya (bukan dari acara IACC) untuk mendramatikkan kenyataan saya. Apa pun, marilah kita bersama-sama memainkan peranan kita.

Abdul Wahid Omar (AWO) 05.09.15


Ini ialah artikel ‘spin’ MalaysiaKini yang direka untuk memalukan Malaysia: http://www.malaysiakini.com/news/311144