Ada Ahli PAC Sabotaj Negara Bocor Dokumen Kepada WSJ?

Penyiaranan butiran perbicaraan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Wall Street Journal merupakan satu tindakan jenayah dan menimbulkan kesangsian sama ada ia masih boleh dipercayai menjaga kepentingan negara.

Tindakan membocorkan butiran pendengaran PAC sebelum pembentangan kepada Parlimen merupakan satu kesalahan dalam peraturan Parlimen Malaysia.

1MDB hari ini menggesa satu siasatan dan tindakan diambil mengikut undang-undang negara ke atas anggota PAC terbabit kerana membocorkan maklumat pendengaran sebelum ia dibentangkan kepada Parlimen.

1MDB mengakui bahawa juru audit mereka, Deloitte, ada membuat pertanyaan yang spesifik dan terperinci mengenai pembayaran tersebut sebelum mengesahkan laporan kewangan mereka dan ini dilaporkan dalam sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Namun apa yang mengecewakan 1MDB ialah mengapa butiran perbicaraan PAC boleh dibocorkan kepada WSJ sebelum keputusan akhir dan pembentangan kepada Parlimen.

Ini bermakna anggota PAC sendiri tidak amanah dan bekerjasama dengan WSJ untuk mensabotaj 1MDB yang dalam penstrukturan semula hutang dan perniagaan.

Bagaimana PAC boleh menjadi satu jawatankuasa yang bebas sekiranya mereka sendiri tidak mematuhi peraturan sedia ada dan menjual maklumat dalaman?

Apakah individu terbabit ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang begitu lantang mempersoalkan mengenai 1MDB sejak tahun lalu?

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/09/ada-ahli-pac-sabotaj-negara-bocor-dokumen-kepada-wsj/