ADAKAH BERSIH 4.0 SATU KEJAYAAN?

Tidak dinafikan, analisis pasca perhimpunan begitu banyak dikeluarkan, baik di media cetak, media sosial dan eletronik. Tetapi malangnya, kebanyakkan analisis itu gagal memaparkan analisis secara intelek, objektif dan tidak bersifat neutral. Analisis ini akan cuba untuk mengisi jurang tersebut secara sistematik dan tidak berat sebelah mengenai Bersih 4.0. Bahagian pertama akan mengenalpasti impak strategik manakala bahagian kedua akan cuba menentukan, dengan kaedah matematik, jumlah sebenar peserta perhimpunan ini.

ADAKAH BERSIH 4.0 SATU KEJAYAAN?

Untuk menilai persoalan ini, kita perlu membandingkannya dengan objektif sebenar perhimpunan ini – pilihanraya yang bersih dan adil, kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, menguat dan mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara. Walaubagaimanapun, bukan rahsia lagi yang tujuan sebenar perhimpunan ini adalah untuk memaksa PM Najib berundur.

Dalam hal ini, tidak seperti perhimpunan yang sebelumnya, Bersih 4.0 telah gagal dalam misinya. Malah, perhimpunan ini menghasilkan yang sebaliknya dan kesan yang tidak dijangka yang menguatkan posisi Najib dengan strategi yang memakan diri.

Pertama, penganjur gagal mengawal peserta sepenuhnya – kehadiran tidak mencapai 500,000 orang. Salah satu perkara pokok yang perlu dicapai untuk mencetuskan pertukaran regim seperti dengan revolusi Arab Spring adalah kehadiran dan sokongan rakyat secara besar-besaran – dalam kes ini, lebih ramai lebih bagus.

Malangnya, jumlah peserta Bersih 4.0 jauh lebih rendah berbanding perhimpunan Bersih yang sebelumnya, dan tidak mencapai 1 juta seperti yang diharapkan oleh penganjur.

Kedua, komposisi kehadiran kaum didominasi oleh kaum Cina (antara 80-85%) dengan kaum Melayu, India dan etnik lain tidak mencatatkan kehadiran yang memberansangkan.

Satu kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre telah mendedahkan jurang perbezaan kehadiran kaum yang sangat besar dan persepsi mereka terhadap perhimpunan itu. Tinjauan itu mendapati Bersih 4.0 didokong dengan kuat oleh kaum Cina (81%) manakala majoriti kaum Melayu (70%) membantah. Kegagalan Bersih untuk menarik kehadiran kaum melayu terutamanya ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan regim menunjukkan walaupun orang Melayu mungkin tidak berpuas hati dengan situasi politik dan ekonomi semasa, mereka belum cukup marah untuk menuntut PM meletakkan jawatan.

Akhir sekali, dengan menjemput mantan PM Dr Mahathir Mohammad telah menjejaskan dengan teruk integriti Bersih kerana bekas pemimpin itu sememangnya dikenali sebagai orang yang anti dengan ideal demokrasi dan hak asasi manusia. Dengan bergabung, ramai merasakan Bersih telah mengkhianati prinsip mereka sendiri dan mengikut pendekatan Machiavelli, matlamat menghalalkan cara.

Oleh Calvin Sankaran,
https://m.malaysiakini.com/letters/312630