Apabila Anda Melaporkan Kes, Pihak Berkuasa Di Sana Wajib Untuk membuka Kertas Siasatan. Penyiasatan Ini Mengambil Masa Bertahun Tetapi Dalam Tempoh Tersebut Mereka Boleh Terus Menyuap Kegilaan & Memainkan Isu Tersebut Dalam & Luar Negara

Apabila anda melaporkan kes, menurut undang-undang, pihak berkuasa di sana wajib untuk membuka siasatan.

Ini merupakan kes yang sama apabila Sarawak Report memainkan isu Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sedang disiasat oleh ICAC yang terkenal di Hong Kong yang berkaitan dengan kes ahli perniagaan Michael Chia yang telah ditangkap pada tahun 2008 kerana membawa RM40 juta wang tunai ke Hong Kong.

Sarawak Report juga menampilkan banyak dokumen dan carta aliran mereka dalam kononnya ‘pendedahan’ salahlaku Musa Aman dalam artikel mereka bertajuk “Hold On Trust Untuk Aman” – Bukti Lebih Dahsyat Dari Siasatan ICAC! http://www.sarawakreport.org/2012/04/hold-on-trust-for-aman-more-devastating-evidence-from-the-icac-investigation/

Dengan segala keterangan dan dokumen “terperinci”, sesiapa yang membaca Sarawak Report akan yakin bahawa Musa Aman bersalah dan ICAC akan menyumbat Musa Aman ke dalam penjara.

Sebaliknya, pada bulan Disember 2012, ICAC menulis kepada Musa Aman bahawa beliau tidak lagi disiasat kerana rasuah bagi kes sumbangan RM40 juta kepada Umno negeri itu.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/icac-letter-shows-musa-aman-cleared-of-graft-last-december

ICAC menjelaskan kepada Musa Aman bahawa mereka telah memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, mengatakan bahawa siasatan ini perlu dijalankan menurut undang-undang rasuah Hong Kong.

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan dengan Jawatankuasa Tinjauan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak mengambil tindakan siasatan lanjut “berdasarkan fakta-fakta yang tidak dikenalpasti”.

Surat itu, dengan kepala surat ICAC, telah ditandatangani oleh penyelidik utama Tso Wai-Yan dan ditujukan semata-mata kepada Musa di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Ia mengambil masa 4 tahun bagi ICAC membersihkan Musa Aman tetapi Sarawak Report dan Pakatan Rakyat (yang sudah mati) memainkan isu rasuah Musa Aman ini selama bertahun-tahun dan kerap menyebut yang beliau kini dalam siasatan ICAC dan tidak boleh melarikan diri kerana bukti kukuh – maka Musa akan masuk ke penjara tidak lama lagi.

Tetapii, nama Musa Aman telah dibersihkan oleh kedua-dua ICAC dan SPRM dan masih kekal sebagai Ketua Menteri Sabah hari ini.

Begitu juga dengan NGO pro-pembangkang, SUARAM yang memfailkan aduan mengenai kes Scorpene ke mahkamah Perancis pada tahun 2010 yang memaksa pihak berkuasa Perancis untuk memulakan siasatan.

Malah, pada bulan Mei 2012, SUARAM dengan bangganya mengumumkan bahawa mahkamah Perancis akan meminta Najib untuk hadir untuk disoal di Mahkamah Perancis dan bahawa Perancis tidak lama lagi akan mengeluarkan Notis Merah Interpol untuk menangkap Najib jika beliau enggan hadir.

Tiga tahun kemudian, dan 5 tahun selepas laporan awal ke Perancis dibuat oleh SUARAM, kita masih menunggu mahkamah Perancis untuk kononnya mengarahkan Najib untuk disoal siasat yang mereka katakan adalah pasti akan berlaku.

Malah, penyiasatan ini sebenarnya memakan diri Pakatan dan SUARAM kerana sudah diputuskan oleh mahkamah Perancis bahawa Najib, Razak Baginda dan Altantuya tidak pernah berada di Perancis pada masa yang sama dan bahawa Altantuya tidak pernah bekerja sebagai penterjemah kerana semua mesyuarat telah diadakan dalam bahasa Inggeris.

Malah artikel New York Times hari ini mengakui bahawa siasatan Federal Grand Jury ke atas Najib pada peringkat sangat awal dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Nampaknya ia kini telah menjadi satu taktik kegemaran oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap kerajaan untuk membuat laporan terhadap pemimpin-pemimpin negara kita di luar negara kerana menurut undang-undang, negara-negara itu perlu bertindak atas apa-apa aduan dan memulakan siasatan.

Segala jenis penyiasatan ini mengambil masa bertahun tetapi dalam tempoh ini, mereka boleh terus menyuap kegilaan dan memainkan isu tersebut, di dalam dan di luar negara.

Ia menjadi tajuk berita yang sangat baik – terutamanya untuk akhbar asing – yang pembangkang ketika memainkan isu itu akan berkata ia sangat memalukan negara di peringkat antarabangsa dan bukti-bukti yang ada begitu kukuh sehinggakan kerajaan asing perlu menyiasat dan bahawa pemimpin negara kita akan ditangkap dan dipenjarakan di luar negara jika mereka membuat perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun pembangkang gagal untuk mendedahkan, bahawa merekalah yang membuat aduan di luar negara yang menyebabkan siasatan harus dimulakan lantas membawa kepada tajuk-tajuk utama di akhbar luar negara yang buruk dan dahsyat – semua direka untuk menjejas serta merosakkan kredibiliti Malaysia dan pemimpin kita.

Kerajaan asing tidak akan memulakan siasatan ke atas kerajaan atau negara lain kecuali aduan rasmi telah dibuat oleh seseorang.

Tetapi orang-orang ini tidak peduli. Mereka tidak berminat untuk mengetahui kebenaran tetapi hanya berminat untuk menjatuhkan orang lain. Reputasi dan kredibiliti Malaysia bukan satu kebimbangan buat mereka.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/09/making-sense-of-usa-investigation-into.html