Apabila Saya Secara Terbuka menyokong Dasar Kerajaan, Sesetengah Mengatakan Saya Sebagai Pengkhianat Kaum Cina – Danny Liew

Apa yang saya tulis dan kongsi akan menyakitkan bagi sesetengah pihak. Malangnya, saya perlu menyakiti anda kerana itu adalah kebenaran.

Semalam, saya telah berdebat dengan beberapa rakan-rakan yang mengatakan BERSIH tidak bersifat perkauman seperti Himpunan Merah. Seorang lagi rakan tagged saya pada video individu dalam Himpunan Merah yang meluahkan propaganda perkauman.

Pertama sekali, saya lebih daripada sedar isu perkauman di sekeliling kita. Dan saya lebih sedar tentang sifat perkauman tersembunyi.

Saya mungkin telah tidak pernah kongsi ini sebelum ini, tetapi saya kongsikannya sekarang. Secara terbuka.

  1. Saya telah melihat dengan mata saya sendiri individu yang mempunyai kelayakan yang sama tidak mendapat gaji yang sama rata dan kenaikan hanya kerana warna kulit mereka tidak sama. Dan ia berlaku di sebuah syarikat swasta. 
  2. Saya telah melihat orang yang berkelayakan tetapi tidak dinaikkan pangkat kerana perbezaan warna kulit. Ia berlaku dalam sektor awam. 
  3. Apabila saya secara terbuka menyokong dasar kerajaan, sesetengah mengatakan saya sebagai pengkhianat kaum Cina. Tiada masalah. Saya seorang rakyat Malaysia. 
  4. Rakan-rakan Cina saya yang lain yang menyokong kerajaan, mereka juga mengalami kesan yang sama. Kawan saya William Cheah dicemuh kerana membantu golongan Melayu yang memerlukan. Dan rakan lain, Maria Tay menunjukkan gambar keluarganya memakai baju merah dan dikongsi ke beberapa kumpulan yang mengisytiharkan dia dan keluarganya sebagai pengkhianat.


Izinkan saya berkongsi apa yang saya telah lakukan untuk mengurangkan perkauman.

  1. Saya telah secara konsisten mengetengahkan nama-nama wira negara yang berbilang kaum. Saya mahu orang ingat bahawa kemerdekaan tidak diperolehi dengan hanya pen dan kertas, tetapi dibayar dengan darah prajurit dari pelbagai kaum. 
  2. Saya adalah sebahagian daripada kumpulan yang bekerja keras untuk menggalakkan persefahaman kaum. 
  3. Saya berdiri seorang, dalam pertemuan yang sepatutnya diadakan oleh kumpulan Melayu paling kanan, mempertahankan bukan Melayu. 
  4. Saya berusaha untuk meredakan ketegangan apabila saya perasan ketegangan ini.


Saya sedar, ada masanya posting saya sendiri mungkin telah mencetuskan perdebatan ini. Saya hanyalah manusia yang cuba untuk memastikan kemandirian negara saya.

Kenapa saya berbuat demikian? Kerana saya seorang rakyat Malaysia. Kerana saya terhutang nyawa saya kepada seorang guru Melayu yang menyelamatkan saya daripada lemas. Saya terhutang budi kepada pihak polis dan tentera dari pelbagai kaum yang mengalirkan darah untuk Malaysia.

Dan perkara yang paling penting sekali, saya rakyat Malaysia. Jika kepercayaan ideologi yang saya pegang terlalu jauh untuk anda fahami, maka, anda masih belum matang dalam politik. Bagi saya, mana-mana lelaki atau perempuan sanggup mempertahankan bendera ini dengan saya, adalah abang dan kakak saya. Dan saya tidak peduli apa warna kulit anda, juga tidak pada agama apa anda anuti.

Oleh Danny Liew,
https://www.facebook.com/danny.liew.18/posts/890359724334616?fref=nf