Azmin Ali Diserang DAP Kerana Ingin Bekerjasama Dengan PAS

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dilaporkan ‘diserang’ oleh penolong setiausaha publisiti DAP di media sosial gara-gara ingin bekerjsama dengan PAS.

‘Perang’ itu bermula apabila Nie Ching terlebih dahulu menyerang Azmin dengan berkata,” MB Selangor, adakah ini rakan politik yang anda cari.” merujuk kepada PAS.

Azmin kemudian menggelar Teo Nie Ching bersifat ‘kebudak-budakan’ di laman sosial Twitter sebelum wanita itu membalasnya di Facebook.

“Ini adalah MB Selangor kami. Apabila Hadi enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan.

“Bila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi yang didominasi DAP dalam PRU akan datang, dia juga tidak memanggilnya kebudak-budakan.

“Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan,” tulis Ahli Parlimen Kulai itu di Facebook miliknya.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Azmin, yang juga timbalan Wan Azizah dalam parti dikritik oleh Nie Ching kerana dilihat mahu meneruskan hubungan kerja dengan PAS walaupun parti itu menolak DAP.

Pada Selasa, Azmin berkata, PKR telah membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS jika pakatan pembangkang baru ditubuhkan.