BERSIH 4.0 – Kepala Hadi Awang Pula Dipijak

Apabila saya menyiarkan gambar ini sebelum ini, sesetengah orang mengatakan saya mengubahsuai gambar palsu dan mengecam saya. Orang-orang ini kini perlu memohon maaf kepada saya.

Manakala yang lain menghantar mesej kepada saya dan meminta saya untuk tidak menyiarkan gambar itu kerana ia akan menyebabkan konflik perkauman.

Jawapan saya adalah mudah: Saya post video ini supaya BERSIH, PKR, GHB dan DAP boleh melihatnya.

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/wakeupmalaya/videos/825919544189465/” width=”720″ height=”720″ onlyvideo=”1″]

Supaya mereka boleh menyelar penyokong mereka di hadapan umum untuk tingkah laku yang kurang ajar itu.

Jika kita terus menafikan atau menyembunyikan tindakan hodoh tersebut berlaku, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang akan bersuara?

Portal-portal bebas semua menayangkan video ‘goons’ baju merah menuang darah pada foto Ambiga tetapi mereka semua secara misteri berdiam diri atas salah laku yang dilakukan oleh penyokong BERSIH dan berpura-pura ini tidak berlaku.

Jadi, saya kini mahu melihat pemimpin-pemimpin Pakatan (yang sudah mati) mengutuk orang-orang ini dan memberi amaran kepada mereka untuk tidak melakukannya lagi.

(Tetapi kita tahu bahawa sebab-sebab mengapa penyokong mereka lakukan itu adalah kerana pemimpin-pemimpin mereka menggalakkan dan juga melakukan tindakan biadap itu sendiri – sebagai contoh, bapa dan anak memijak gambar ADUN Perak).

Permainan politik kebencian dan fitnah ANDA yang membawa kepada tingkah laku seperti itu.

Untuk Malaysia yang lebih baik, tindakan itu mesti dihentikan dari kedua-dua belah pihak.

Wahai Pakatan yang sekarang sudah mati, SILA BUKA MULUT ANDA.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1714250855460368/?pnref=story