BERSIH 4.0, SIAPA YANG MENANG?

Pemenang terbesar Bersih 4.0 adalah musuh ketat perhimpunan Bersih sebelum ini – polis. Walaupun telah berulang kali polis enggan berlembut dan dengan ancaman-ancaman pasca perhimpunan, pada hari perhimpunan tersebut polis telah memberikan kerjasama yang cukup baik, malah membantu melancarkan perjalanan perhimpunan. Mereka, tanpa ragu-ragu lagi, mereka adalah pemenang sebenar perhimpunan ini.

Seterusnya, juga calon yang tidak disangka-sangka – Najib. Kegagalan penganjur menguruskan perhimpunan dengan baik ternyata telah menguntungkan Najib. Kekurangan sokongan Melayu, kehadiran kaum Cina yang begitu ramai, kehadiran Dr Mahathir dan kelakuan yang tidak senonoh beberapa peserta perhimpunan telah menjejaskan kredibiliti Bersih sebagai sebuah gerakan hak sivil dan telah merosakkan reputasi mereka sebagai sebuah pertubuhan mewakili kesemua rakyat Malaysia.

Salah satu aspek yang baik di dalam perhimpunan Bersih 4.0 ini adalah kelakuan peserta perhimpunan yang jauh lebih baik berbanding dengan perhimpunan sebelum ini. Mereka kekal berdisiplin untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan aman tanpa sebarang masalah. Mereka dengan mudah boleh menjadi pemenang perhimpunan ini kalau tidak kerana kelakuan tidak senonoh beberapa orang yang minoriti.

Kelakuan yang sangat biadap dan kurang ajar seperti memijak poster pemimpin negara dan kencing ke atasnya, membakar duit neraka yang mempunyai gambar Najib, melakukan upacara pengebumian untuk PM Najib dan isterinya, membawa poster yang mengandungi kata-kata lucah telah menjejaskan keseluruhan perhimpunan walaupun majoriti darinya tampil berdisiplin dan berkelakuan baik.

Oleh Calvin Sankaran,
https://m.malaysiakini.com/letters/312630