DAP Bersatu ‘SERANG’ Azmin Ali

Ekoran ketegasan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mahukan PAS dikekalkan dalam Pakatan Rakyat 2.0 menyebabkan DAP bersatu menyerang semula Timbalan Presiden PKR itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya semalam menuntut PKR menjelaskan kenapa parti mereka masih memerlukan PAS dalam gabungan pakatan baharu yang bakal dibentuk itu.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mahukan PKR memberi penjelasn apakah dasar-dasar PAS didakwa sudah berubah.

“Pendirian DAP jelas bahawa parti ini tidak boleh bekerjasama dengan PAS kerana parti Islam itu telah memutuskan hubungan dengan DAP pada Jun,” kata Guan Eng dilapor Malaysiakini.

Sebelum itu, penolong setiausaha publisiti DAP, Teo Nie Ching terus menyerang Azmin di media sosial. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/09/10/azmin-perang/

Nie Ching menyerang Azmin dengan berkata, “MB Selangor, adakah ini rakan politik yang anda cari,” yang merujuk kepada PAS.

Azmin marah lantas membidas Nie Ching supaya berhenti berpolitik seperti ‘kebudak-budakan’.

Nie Ching membidas kembali katanya inilah mentaliti sebenar Azmin yang akan melabel ‘kebudak-budakan’ dengan isu terpilih.

“Ini adalah MB Selangor kami. Apabila Hadi enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan.

“Bila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi yang didominasi DAP dalam PRU akan datang, dia juga tidak memanggilnya kebudak-budakan.

“Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan,” tulis Ahli Parlimen DAP Kulai itu di Facebook miliknya. https://www.facebook.com/TeoNieChing/photos/a.162847973758150.30363.158435150866099/962248980484708/?type=1

Hari ini, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pula bangkit dengan memberi kata dua kepada Azmin.

Azmin diminta membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.

“Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, tindakan Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk Parti Amanah Negara (PAN).

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/10/dap-bersatu-serang-azmin/