DAP Desak Azmin Beri Penjelasan Isu Kerugian Anak Syarikat MBI Dan Kaitan Dengan DEIG

Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali memmberi penjelasan isu kerugian anak syarikat yang berada di bawah Mentri Besar Incorporated (MBI) dan perkaitannya dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dalam kenyataan hari ini, beliau terkejut apabila mendapati hanya 8 daripada 28 syarikat ‘Government Link Agency (GLC)’ di bawah MBI yang mencatatkan keuntungan dan menyuarakan kebimbangan adakah syarikat-syarikat itu bakal diletakkan di bawah DEIG.

“Sama ada wujud atau tidak penstrukturan semula di bawah DEIG atau secara langsung di bawah MBI, ia masih menimbulkan perdebatan.

“Pada masa ini, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat di laman web DEIG yang menunjukkan terdapat apa-apa strategi yang masuk akal,” kata Ahli Parlimen DAP itu dilapor The Rakyat Post.
http://www.therakyatpost.com/news/2015/09/08/most-of-selangor-glcs-recorded-losses/

Semalam, Ong dilaporkan The Malay Mail menggesa Azmin untuk mendedahkan akaun penuh MBI dan jumlah pampasan kepada eksekutif MBI kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-mp-shows-azmin-how-to-boost-deigs-transparency-fix-loss-making-glcs

Azmin juga diminta untuk membuat semakan dan mendedahkan dasar dividen MBI dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berada di bawahnya untuk mengelakkan ketidaktelusan.

“Tidak perlu dikatakan, standard ketelusan yang sama hendaklah digunakan untuk DEIG,” katanya.

Menurutnya langkah itu perlu untuk memastikan MBI dan DEIG lebih baik daripada syarikat pelaburan persekutuan, Khazanah Nasional Bhd.