DEIG Meminjam RM500 Juta Sebagai Modal Kerja?

Tak sampai setahun Azmin Ali bergelar Menteri Besar Selangor, pelbagai isu panas mula melanda beliau, baik dari segi politik mahu pun pentadbiran. Berikutan perpecahan Pakatan Rakyat, seperti yang diisytiharkan oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang pada Jun lepas, nasib Kerajaan Selangor, yang merangkumi PAS, DAP dan PKR jelas terumbang ambing. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pakatan-is-no-more-dap-declares

Beberapa penganalisis politik memandang Selangor bukan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi Kerajaan Azmin Ali. Bunyinya gah dan hebat, bukan? Tetapi situasi sebenar tidak begitu. Orang boleh merasakan hubungan yang dingin antara exco DAP dan PAS sekiranya mereka duduk semeja.

Sebagai contoh, baru-baru ini seorang Exco PAS telah diberitahu oleh rakan sekerja DAP yang perkhidmatan beliau akan tamat tidak lama lagi di sebuah majlis negeri. Untuk menarik hati PAS, Exco DAP tersebut secara terbuka mengalu-alukan PAS untuk bersama-sama dengan Pakatan 2.0, yang kemudiannya disangkal dan ditolak oleh Guan Eng dan Gerakan Harapan Baru, serpihan PAS yang telah pun menubuhkan parti baru, Parti Amanah Negara. Azmin telah mula merasakan bahangnya dan penentangan yang semakin meningkat terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah mencurah minyak ke dalam api.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/09/07/azmin-pakatan-2-0-for-all-opposition-parties-ngos/

Kemelut DEIG telah menyebabkan Azmin buntu dan bersikap defensif, seperti yang dapat dilihat pada sidang DUN Selangor baru-baru ini beliau menyerang (tetapi tidak kena) pembangkang dengan Adun Bebas merangkap bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi sasaran beliau. Azmin mungkin menyangka beliau pandai dengan memberitahu Dewan yang tiada apa-apa yang kabur mengenai DEIG, sehingga mendakwa DEIG masih belum memulakan operasi. “Kesemua tuduhan itu adalah tidak benar. DEIG masih belum memulakan operasi. Tiada transaksi, tiada aset dan tiada aktiviti,” katanya kepada media.
http://m.thestar.com.my/story.aspx?hl=Allegations+against+DEIG+unfounded+says+Azmin&sec=news&id=%7B80925148-36DB-440B-A34D-1D91ABE6CE16%7D

Tetapi cubaan untuk memenangi peperangan persepsi tersebut dengan memutar belit fakta mengenai DEIG yang mengelirukan ini ternyata bukan kerja yang mudah. Walaupun tiada aktiviti seperti yang didakwa beliau, beliau tidak boleh menafikan yang DEIG sudah mengiklankan Request For Proposal (RFP) seperti yang diterbitkan di The Edge Weekly. Dan dakwaan sumbangan zakat sebanyak RM5 juta melalui jentera PKR dan bukan melalui Lembaga Zakat Selangor tidak boleh dipandang ringan hingga dilaporkan SPRM sedang menyiasat perkara ini dengan serius dan menurut khabar angin, satu serbuan telah dibuat di premis DEIG pada Jumaat lepas. Cubaan Azmin untuk menepis dakwaan tersebut sia-sia kerana sudah tentu tak masuk akal bagi sebuah entiti yang masih belum beroperasi boleh membayar zakat!

Satu lagi bukti adalah Azmin sememangnya telah berbohong kepada Dewan berhubung dengan status DEIG adalah RM2 juta yang beliau sendiri dedahkan sebagai jumlah yang dibelanjakan oleh MBI untuk mengubahsuai secara berlebihan tingkat 14 bangunan SUK2 untuk menempatkan 20 orang staff DEIG, ada diantaranya dipindahkan dari MBI. Sukar dipercayai jumlah yang dibelanjakan untuk sebuah pejabat korporat entititi yang masih belum memulakan operasi! Satu tanda yang isu ini semakin panas adalah adalah semua papan tanda DEIG di premis tersebut telah dibuang dan ditukar kepada papan tanda MBI!

Dan sekarang terdapat dakwaan baru – lebih serius berbanding dengan dakwaan sebelum ini. Cakap-cakap dari industri perbankan sedang semakin hangat kerana dikatakan DEIG telah memohon proposal pinjaman dari 3 bank untuk menjana RM500 juta sebagai modal kerja. Sesiapa sahaja yang waras pastinya akan memahami, permohonan pinjaman dari bank mestilah bermaksud ada bentuk aktiviti sedang dijalankan. Lebih menarik, salah sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG. Menerima tawaran pinjaman bererti memang wujud aktiviti, bukan?

Jika ini benar, ini bermakna bukan Azmin sahaja yang berbohong kepada rakyat Selangor. Kesemua ahli lembaga pengarah DEIG, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengawai Kewangan Negeri juga harus bertanggungjawab. Besar kemungkinan, satu-satunya jalan untuk syarikat RM2 seperti DEIG boleh menjadi kaya adalah dengan meletakkan hartanah bernilai sebagai cagaran. Jelas, Jawatankuasa Pemilihan Agensi, Badan Berkanun Dan Subsidiari Negeri(JP-Abas) mesti mengambil langkah berani untuk mendapatkan pengesahan sama ada pinjaman RM450 juta telah diberikan kepada DEIG atau tidak. Tetapi adalah JP-Abas cukup berani? Anda sanggup bertaruh mereka berani?
http://m.malaysiakini.com/news/311397

Oleh Rakyat Marhaen,
http://www.malaysia-today.net/azmins-deig-got-a-rm500m-loan-save-our-selangor/