Dua Peguam Pro – Bersih Saman Presiden PAS

Dua peguam daripada Majlis Peguam Malaysia dan dua penyelidik masyarakat sivil telah menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua peguam itu adalah Mansoor Saat dan Azira Aziz, serta kedua-dua penyelidik itu, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis untuk mencabar rang undang-undang persendirian yang dikemukakan Hadi di Dewan Rakyat sebelum ini.

Mansoor Saat adalah salah seorang calon Majlis Peguam 2015/16 dan Azira Aziz adalah Ahli Majlis Peguam Perlis.

Manakala Hasbeemaputra Abu Bakar adalah sekretariat Civil and Political Rights Report 2010 dan Hazwany Jamaluddin adalah aktivis MCCHR (Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights).

https://farm1.staticflickr.com/624/21786848001_763d5ca5d7_b.jpg

Hadi pada Mac lalu mengemukakan notis bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Keempat-empat aktivis (Plaintif) itu diwakili oleh peguam Siti Kassim, seorang aktivis BERSIH 2.0 dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Defendan diberi tempoh sehingga 10 Julai untuk memfailkan afidavit sebelum pengurusan kes lain yang diadakan pada 27 Julai,” kata Siti Kassim kepada The Malaysian Insider yang dilaporkan malaysianbar.org.my.

Siti Kassim berkata, permohonan itu berdasarkan rang undang-undang itu yang dianggap melanggar perlembagaan, di mana Hadi memohon untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengawal skop hukuman yang dikenakan mahkamah Syariah.

Plaintif memohon injunksi untuk menghalang rang undang-undang itu daripada dibahaskan sehingga kes itu diselesaikan di mahkamah.

Selain memohon injunksi terhadap Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, empat aktivis itu juga turut menamakan tiga individu yang lain iaitu Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin bin Hj Mulia dan dua Timbalannya Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Ismail Mohamad Said yang kesemuanya dinamakan sebagai Defendan.

Plaintif menuntut injunksi untuk menghalang rang undang-undang itu daripada dibahaskan sehingga kes itu selesai.

Siti Kassim berkata rang undang-undang ahli persendirian yang dicadangkan itu satu percubaan “pintu belakang” untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan, memberi amaran yang ia mempunyai implikasi yang lebih luas daripada hanya sekadar Kelantan kerana ia akan melibatkan umat Islam di seluruh negara.

“Dari segi teknikal, ia meminda perlembagaan kita. Ia bukan hanya mengenai Kelantan. Jika rang undang-undang itu diluluskan, ia akan membolehkan umat Islam di Malaysia dihukum mengikut tafsiran undang-undang Syariah mereka,” katanya

Empat plaintif itu juga menegaskan percubaan Hadi memperkenalkan rang undang-undang itu juga telah melanggar manifesto Pakatan Rakyat seperti yang digariskan dalam “Buku Jingga” di mana Hadi dan PAS ketika itu salah satu daripada kompenan Pakatan Rakyat.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/28/hudud-empat-peguam-pro-bersih-saman-hadi/