Eric Paulsen, Zunar & Semua Pemimpin Pakatan Serta Penyokong Kebebasan Bersuara & Dengan Lantang Menyistiharkan “Je Suis Charlie” – Adakah Anda Semua Masih Rasa Tidak Perlu Ada Had Kebebasan Bersuara?

Selepas menghina mangsa MH370 bulan lepas, majalah Perancis Charlie Hebdo jatuh lebih rendah daripada paras hina, menjadi sangat keji.

Hebdo kini telah mengejek kematian pelarian Syria berumur 3 tahun Aylan Kurdi, yang mati lemas dengan ibu dan saudaranya ketika cuba melarikan diri ke Greece dan ditemui mati baru-baru ini di pantai Turki, dalam dua lukisan menyakitkan hati.

Yang pertama bertajuk “So Close to His Goal” menunjukkan Aylan tertiarap di atas pasir berhampiran papan publisiti 2-untuk-1 McDonald Happy Meal, mengatakan apa yang diterjemahkan ke dalam “Two menus of children for the price of one”.

Yang kedua bertajuk “The Proof that Europe is Christian” di mana kartun itu menunjukkan kanak-kanak kecil lemas di dalam air. Di sebelah kiri, seorang lelaki, kononnya Jesus, berdiri di atas air sambil berkata “Kristian berjalan di atas air, kanak-kanak Islam tenggelam”.

Manusia jenis apa yang boleh membuat jenaka daripada tragedi lemas kanak-kanak berumur 3 tahun yang ‘jenayahnya’ pada mata Charlie adalah dilahirkan seorang Muslim Syria dan terpaksa melarikan diri dari negaranya kerana perang?

Charlie Hebdo perlu ditutup oleh pihak berkuasa Perancis.

Tidak, mereka tidak boleh ditembak atau dikenakan apa-apa keganasan tetapi mereka perlu ditutup, didenda dan dipenjarakan.

Wahai Eric Paulsen, Zunar dan semua pemimpin Pakatan serta penyokong yang menyokong kebebasan bersuara dan dengan lantang mengisytiharkan “Je suis Charlie” atau “Saya Charlie” awal tahun ini:

Adakah anda semua masih rasa tidak perlu ada had kebebasan bersuara?

Adakah anda masih Charlie?

Es-tu Charlie?

http://www.moroccoworldnews.com/2015/09/167835/charlie-hebdo-mocks-the-death-of-syrian-child-aylan-kurdi/

Penghinaan Charlie Hebdo ke atas tragedi MH370 sebelum ini:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1706711482880972:2

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1720000431552077&set=pcb.1720003634885090&type=1&theater