Hanya 8 Daripada 28 Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Di Bawah MBI Catat Keuntungan

Prestasi anak syarikat kerajaan negeri Selangor merudum tahun lalu apabila hanya 8 daripada 28 anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu mencatatkan keuntungan.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming menyifatkan ia sebagai mengejutkan dan berkata mengubah dan menyatukan MBI merupakan cabaran besar buat Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, penyusunan semula yang dicadangkan ke atas pelbagai syarikat di bawah MBI tidak masuk akal, beliau mempersoalkan sama ada ia perlu dilakukan melalui Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

“Sama ada perlu atau tidak penstrukturan ini dibuat di bawah DEIG atau secara langsung idbawah MBI masih lagi diperdebatkan.

“Buat masa ini, terdapat sedikit maklumat pada laman web DEIG menunjukkan bahawa terdapat strategi koheren,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi syarikat yang mengalami kerugian katanya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang merupakan syarikat utama di bawah MBI mengalami kerugian selepas cukai RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) mengalami kerugian besar RM235 juta selepas cukai pada tahun kewangan 2014 hasil daripada RM31.5 juta.

Tambahnya, lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif yang tidak mendaftar satu sen pun daripada pendapatan dalam tahun kewangan 2014 dan yang didaftarkan selepas kerugian cukai yang terdiri daripada kurang daripada RM4,000 untuk Pembinaan PNSB kepada RM16. 8 juta untuk Pembangunan PNSB.

Kesemua aset MBI mengalami kerugian antara RM294,000 terhadap Bukit Beruntung Golf and Country Resort kepada RM1.95 juta untuk Hotel Brisdale International kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotels and Properties.

Ong berkata, apa yang diperlukan untuk syarikat dan anak syarikat di bawah MBI adalah proses sama dengan apa yang dilalui oleh syarikat badan berkanun kerajaan dan ia masih di bawah program tranformasi GLC seolah-olah telah membuahkan hasil positif bagi kebanyakan syarikat terbabit.

Beliau berkata bagi beberapa syarikat yang sentiasa tidak menguntungkan dan bukan teras, penjualan atau penggulungan perlu diberi perhatian serius.

“Bagi syarikat yang dianggap sebagai aset strategik dan yang mempunyai rekod merugikan, program pemulihan mesti dikenal pasti dan dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, Azmin perlu menyusun semula, menyatukan dan mengubah syarikat ini dan aset dengan ketelusan semaksimum mungkin.

“Inilah cabaran yang perlu dihadapi dan diatasi, sengan atau tanpa DEIG,” katanya.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/bisnes/2015/09/08/hanya-8-daripada-28-anak-syarikat-mbi-catat-keuntungan/#ixzz3lJPV8r5S