Hanya PM Boleh Kemukakan USUL SIDANG TERGEMPAR Sebagai Ketua Majlis

Sidang tergempar di Dewan Rakyat hanya boleh dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Majlis.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata mengikut peraturan mesyuarat 4, Akta Parlimen hanya Ketua Majlis boleh berbuat demikian dengan mengemukakan usul kepada Speaker sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

“Ahli Parlimen yang lain tiada hak untuk kemukakan usul sidang tergempar. Mana-mana ahli Dewan Rakyat sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang tiada hak,” katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-36 di sini, hari ini.

Ahad lalu, PKR mendesak sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan kerana mendakwa integriti Perdana Menteri terhakis.