Harapan Pertama Pakatan Harapan Adalah Untuk Anwar Ibrahim Menjadi PM – TIADA HARAPAN LANGSUNG

Sudah boleh diagak.

Ini adalah resolusi PERTAMA dengan konsensus Pakatan Harapan. Ini adalah harapan PERTAMA mereka.

Mengapa kita tidak terkejut?

Dalam langkah pertama hari ini, pakatan pembangkang baru Pakatan Harapan mengumumkan bahawa bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan, Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk jawatan perdana menteri.

Tiada orang lain kah? Betul-betul tiada harapan langsung.

Tidak hairanlah PAS enggan menyertai dan juga enggan menghadiri mesyuarat pertama ini.



Hasil perbincangan sepakat melalui meja bulat berkenaan, Pakatan Harapan bersedia untuk melantik Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kami yakin beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak,” tambahnya. http://www.malaysiakini.com/news/313154

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1722308547987932&set=a.1505290066356449.1073741832.100006264096443&type=1&theater