Hipokrasi Baju Kuning. Apabila Melibatkan Anda, Ia Adalah Kebebasan Bersuara

Perhimpunan Baju Merah.

Jika kita mengikut formula pengiraan yang melampau penganjur Bersih, sejuta rakyat Malaysia telah turun ke jalanan untuk perhimpunan kuning dan merah (500,000 setiap satunya). Itu sangat besar.

Video di bawah ini mungkin dapat menggambarkan lebih ramai di perhimpunan baju merah berbanding video baju kuning yang pernah kita lihat.


Memandangkan ini adalah perhimpunan pertama baju merah, biarpun terdapat pertelingkahan kecil (dicetuskan pihak tiada kaitan dengan perhimpunan itu), ia berlangsung dengan amannya.

Disebalik putar belit dilakukan media haluan kiri yang pro pembangkang, pertelingkahan itu tidaklah sebesar mana berbanding rusuhan dicetuskan perhimpunan bersih sebelum ini yang turut menjahanamkan kemudahan awam.

Untuk ini, saya perlu memuji peserta perhimpunan merah dan pihak polis dalam memastikan ketenteraman diutamakan disebalik paparan negatif yang cuba dimainkan media haluan kiri yang cuba menggambarkan penganjur cuba mencetuskan rusuhan.

Tetapi apa yang menariknya, perhimpunan baju merah bagai cerminan kepada perhimpunan Bersih. Dan penyokong baju kuning turut menghentam peserta baju merah sebagaimana mereka dihentam.

Antaranya ialah:

1. Apabila polis mengambil tindakan terhadap peserta kuning, ia adalah keganasan polis. Tetapi apabila orang yang anda tak suka dikenakan tindakan oleh polis, orang itu adalah jahat dan tindakan polis disokong!

2. Apabila ia melibatkan organisasi yang anda sokong, ia tak perlu bertanggungjawab terhadap tindakan setiap peserta. Anda mempertahankan penganjur, mereka sudah melakukan yang terbaik dan tidak perlu bertanggungjawab ke atas semuanya. Namun apabila penganjur yang anda tidak suka, semua kejadian perlu dipersalahkan kepada penganjur.

3. Apabila anda menyokong mereka, sampah tidak dapat dielak dan pihak berkuasa tempatan perlu membersihkannya. Bil pun anda mahu bawa ke mahkamah. Apabila peserta merah meninggalkan sedikit sampah, anda tidak bersetuju dan mahu mereka bertanggungjawab membersihkannya.

4. Apabila melibatkan anda berbaju kuning, anda mendakwa ia adalah hak kebebasan untuk bergerak ke mana-mana untuk demonstrasi. Anda berteriak adalah salah untuk polis menghalang anda dan mendakwa ia adalah bertentangan dengan perlembagaan dan penindasan. Apabila dilakukan pihak merah, anda mahu polis untuk melindungi tempat anda. Anda berkata adalah tepat untuk polis menutup kawasan Petaling Street dan tidak membenarkan peserta Baju Merah untuk memasuki kawasan itu.

5. Apabila melibatkan anda, ia adalah kebebasan bersuara. Sesiapa berbaju kuning boleh buat sesuka hati dan apa sahaja ketika demonstrasi, tak kiralah perkataan menghina atau menghasut. Tetapi apabila melibatkan peserta Merah (yang langsung tidak mencetuskan provokasi seperti Bersih 4 seperti membawa penyapu dan menghina gambar pemimpin), anda berkata ia adalah mencetuskan perkauman dan kurang ajar.

6. Jika melibatkan anda, tidak mengapa perniagaan terjejas. Apabila tidak melibatkan anda, anda merungut perniagaan terjejas.

7. Jika anda terlibat, anda mendakwa ia adalah aman. Kejadian yang tidak dipersetujui anda tidak mahu bertanggungjawab dan menuduh agen penghasut bukan sebahagian daripada kamu. Tetapi apabila tidak dianjurkan kamu, tidak pula wujud agen penghasut mencetuskan kekecohan. Semuanya perlu dipertanggungjawab atas bahu penganjur.

8. Apabila anda terlibat, anda tidak pernah bertanya sama ada kawasan yang anda anjurkan demonstrasi akan menjejaskan kumpulan etnik tertentu. Tetapi apabila orang lain lakukan, anda tiba-tiba melaungkan persoalan ia akan menjejaskan etnik tertentu.

9. Apabila melibatkan anda, anda menokok nambah angka peserta. Biarpun sesuatu kawasan itu hanya mampu menampung beberapa puluh ribu sahaja, anda mendakwa peserta berjumlah ratusan ribu dan angka itu perlu diterima semua. Apabila pihak yang anda tidak suka anjurkan dengan jumlah yang lebih besar, anda mendakwa ia kurang daripada 10,000 peserta.

10. Jika anda terlibat, apa jua komen dan kritikan terhadap perhimpunan anda adalah untuk mencetuskan ketakutan. Tetapi apabila ia melibatkan peserta Merah, andalah pihak yang mencetuskannya.

11. Apabila melibatkan anda, semua jenis undang-undang tidak perlu dipatuhi. Anda mengutuk semua undang-undang ini dan mendakwa ia bertentangan dengan perlembagaan. Tetapi apabila tidak melibatkan anda, anda tiba-tiba mahu semua orang mematuhi segala jenis undang-undang yang ada.

Kelakar bukan?

Tetapi yang paling kelakar ialah Lim Kit Siang. Dia tak henti untuk cuba menghentikan perhimpunan Merah ini dengan pelbagai cara.

Tiba-tiba baginya, mencetuskan perkauman adalah salah. Bukankah dialah orangnya yang memperjuangkan perbuatan mencetus perbalahan kaum sebagai tidak menyalahi undang-undang dan sebahagian daripada kebebasan bersuara? Menghasut menentang Cina ialah hasutan tetapi menghina serta menghasut untuk membenci Melayu dan Islam adalah kebebasan bersuara?

Tetapi yang paling teruk ialah pertubuhan yang kononnya bertamadun seperti Majlis Peguam dan sekutu mereka yang sangat hipokrit dan memilih. Majlis itu juga terlibat dalam mendraf undang-undang kebebasan bersuara untuk turut memasukkan kebebasan untuk menghasut kebencian terhadap agama mahupun bangsa.

Pertubuhan ini menuntut kebebasan untuk bergerak berdemonstrasi di mana sahaja jika mereka suka kepada sesuatu organisasi itu. Apabila mereka cenderung kepada sesuatu organisasi itu, mereka akan membuat kenyataan umum kononnya untuk melindungi hak mereka malah menyediakan peguam jika ada peserta dikenakan tindakan oleh pihak polis, sama ada tindakan itu betul atau sebaliknya.

Pada insiden kecil di Petaling Street, tiada pun kedengaran suara menghentam pihak polis yang menghalang mereka untuk berdemonstrasi di mana sahaja sebagaimana diperjuangkan pertubuhan seperti Majlis Peguam dan peserta kuning. Apatah lagi menyediakan bantuan guaman kepada mereka yang dikenakan tindakan oleh pihak polis. Tiba-tiba tindakan polis perlu disokong.

Pertubuhan seperti Majlis Peguam terlalu banyak hipokrasi. Mereka ini mengarut apabila bercakap mengenai apa yang diperjuangkan.

Kononnya moto mereka ialah melakukan sesuatu tanpa pilih kasih. Siapa yang mereka pilih kasih? Majlis Peguam adalah sebahagian daripada kekecohan yang wujud dalam masyarakat kita.

Oleh Lukman Sheriff,
https://www.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10152962425952820