“Itu Tanggungjawab DBKL Untuk Membersihkan Kawasan” Maria Chin Tidak Akan Bayar Tuntutan Kos Pembersihan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyatakan bukti dan maklumat lanjut peserta Bersih 4.0 kencing di merata-rata dan merosakan harta benda awam minggu lalu.

Penganjur Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, dia sanggup diseret ke mahkamah bagi menjawab tuduhan itu.

“Itu tanggungjawab DBKL untuk membersihkan kawasan, macam mana DBKL nak caj seseorang buang air kencing merata. Adakah mereka tahu siapa?”

“Kemukakan bukti, kita akan jawab di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kos tuntutan RM65,000 sebagaimana yang diminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan.