Jangan Cakap Tak Serupa Bikin! Kredibiliti & Integriti Tony Pua Sebagai Seorang Ahli Politik Sedang Dipertaruhkan. Undur Saja Dari PAC!

Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Pua secara tidak langsung merisikokan sendiri menajdi pemanipulasi politik dan pensabotaj ekonomi selepas pengakuan memperkenalkan Ketua Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dengan pengurusan kanan The Edge, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat itu.

Kredibiliti dan integriti Pua sebagai seorang ahli politik sedang dipertaruhkan. Keupayaannya untuk berlaku jujur dalam penyiasatan Polis akan mencerminkan sikap sebenar tentang menjadi seorang ahli politik yang mulia atau pembangkang yang merosakkan.

Clare Rewcastle-Brown, Ho dan Tong semua menurut pengakuan mereka sendiri memiliki dokumen dicuri diperolehi daripada bekas Petro Saudi Eksekutif Xavier Justo.

Mereka juga berkomplot untuk melakukan sabotaj ekonomi dengan menyerang 1MDB dan dalam nada yang sama, kredibiliti dan integriti Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia.

Tujuannya adalah sangat jelas; memburuk-burukkan Perdana Menteri Najib dan menghasut rakyat untuk bangkit menentang Kerajaan dengan demonstrasi dan tidak mengikut undang-undang. Hasil bersihnya ialah menjatuhkan Perdana Menteri Najib dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO / BN.

Ini sebenarnya kelakuan tidak wajar bagi seorang Ahli Parlimen dan penggubal undang-undang, apatah lagi seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu melakukan perbuatan yang mulia dengan berundur daripada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

Jika tidak, Dewan Rakyat perlu mohon mencadangkan bahawa ahli dewan ini dihalang daripada menghadiri sebarang sidang lagi.

Ini merupakan perbuatan paling dicelakai yang dilakukan oleh seorang anggota terhormat organisasi penelitian awam yang terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih rakyat.

Tony Pua telah membawa keaiban dari perspektif berkomplot untuk menjatuhkan politik Perdana Menteri, kepada sebuah badan yang sepatutnya menjadi pilihan terakhir sebagai pelindung perbelanjaan awam dan akauntabiliti.

Sumber: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2015/09/10/pua-preacher-provaricator/