Jangan Cakap Tentang Dwi-kewarganegaraan Jika Anda Belum Sedia Untuk Gugurkan Taraf Kewarganegaraan Malaysia Anda

Jadi, kita sudah tau penjelasan Duta Besar China ke atas isu itu. Bukan niatnya untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman kita. Pada dasarnya, seseorang sengaja memutarbelitkan kata-kata beliau untuk memenuhi agenda politik mereka. Tidak perlu menyebut nama. Anda boleh dengan mudah google perkara ini.

Sila maklum bahawa hari ini, kita mempunyai beratus-ratus jika tidak beribu-ribu rakyat Republik China yang bekerja di KL dalam kapasiti yang berbeza. Projek MRT kita melibatkan begitu ramai warga PRC bekerja sebagai jurutera. Huawei, gergasi teknologi China, mempunyai pejabat serantau di KL juga. Tidak lupa juga ramai lagi yang lain yang berada di sini dengan organisasi yang berbeza. Amaran oleh Duta China itu adalah ditujukan untuk rakyat Republik China, sesetengahnya telah berkahwin dengan Cina rakyat Malaysia.

Jika ada mana-mana individu yang memegang MyKad biru kita, membawa pasport merah kita, tetapi gembira dengan mesej Duta Besar China yang diputarbelit dan disebarkan, seolah-olah sebagai amaran kepada Kerajaan Malaysia kita, sila ketahui bahawa inilah sebabnya saudara Melayu kita tidak dapat melihat kita sebagai rakyat Malaysia, bahawa mereka masih melihat kita sebagai pendatang, kerana tindakan anda mengadu kepada wakil kerajaan asing.

Apabila kita memberi reaksi spontan, dan pergi mengadu kepada kerajaan asing, terutama orang-orang yang memerintah tanah nenek moyang kita, atau kerajaan asing yang pernah berkuasa ke atas kita, jangan berharap saudara-saudara Melayu kita akan berhenti memanggil kita sebagai pendatang.

Jika anda terasa, nasiblah.

Nota 1: Saya berfikir untuk memulakan perniagaan baru, untuk membantu orang-orang yang terasa ini, untuk memohon kewarganegaraan baru di negara-negara lain.

Nota 2: Saya perlu berkasar. Saya hanya mempunyai satu negara yang saya panggil rumah, dan itu adalah Malaysia.

Nota 3: Jangan bercakap tentang dwi-kewarganegaraan. Perlembagaan kita jelas melarangnya dan jika anda masih mahukannya, anda bebas untuk menggugurkan kerakyatan Malaysia.

Oleh Danny Liew,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=416947185171013&set=a.108307059368362.1073741829.100005672044289&type=3&theater