Kakak Menteri Besar Selangor Mahu Najib Melakukan Sumpah Laknat

Ummi Hafilda yang terkenal, kakak kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang suatu ketika dulu pernah berkata yang beliau masih dara, telah mencabar Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk melakukan sumpah laknat yang beliau tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau (yang berkaitan dengan 1MDB dan derma RM2.6 bilion).

Secara asasnya, Ummi Hafilda merujuk kepada Surah ke-24 Al-Quran, Surah An-Nur yang membincangkan kebenaran, di mana anda bersumpah yang anda tidak bersalah atas tuduhan kesalahan yang anda didakwa lakukan dan anda akan mengundang kemurkaan Allah jika anda membuat sumpah palsu.

Secara pendeknya, sebaik sahaja anda bersumpah, ianya akan mati di situ. Pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan dan akan berhenti menyiasat. Hal tersebut kini akan ditentukan Tuhan dan jika anda berbohong, makan Tuhan akan menghukum anda.

Walaubagaimanpun, sebelum si yang dituduh boleh melakukan sumpah, yang menuduh mesti melakukan sumpah yang sama. Si penuduh akan bersumpah di atas nama Tuhan yang segala tuduhannya adalah benar dan jika tuduhan tersebut tidak benar, maka si penuduh juga boleh mengundang kemurkaan Tuhan.

Mungkin saya boleh menjelaskan lagi perkara ini.

Tun Dr Mahathir telah menuduh Najib mencuri wang 1MDB. Mahathir mesti mengemukakan bukti atau setidak-tidaknya 4 orang saksi untuk menyokong tuduhannya. Jika Dr Mahathir tidak mempunyai bukti atau 4 saksi, maka beliau bersumpah yang kesemua tuduhan tersebut adalah benar dan sekiranya tidak benar, beliau akan mengundang kemurkaan Tuhan.

Najib kemudiaannya mengemukakan bukti atau 4 saksi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah dan jika beliau tidak mampu melakukan demikian, beliau akan bersumpah dan jika tuduhan ke atas beliau terbukti benar, beliau akan mengundang kemurkaan Tuhan. Inilah sumpah laknat yang dibicarakan oleh Ummi Hafilda.

Oleh sebab kedua-dua yang dituduh dan yang menuduh telah bersumpah dan jika terbukti mereka menipu, maka mereka telah mengundang kemurkaan Tuhan. Oleh itu, hal ini akan terletak pada tangan Tuhan kerana tiada lagi tindakan dari manusia yang diperlukan. Kedua-duanya pulang dan menunggu balasan dari Tuhan.

Jadi, yang paling penting, Ummi Hafilda mesti meminta mereka yang menuduh Najib ke depan, mendedahkan bukti atau mengemukakan 4 saksi. Jika gagal berbuat demikian, maka mereka perlu bersumpah laknat. Sebaik selesai, giliran Najib pula untuk berbuat demikian.

Apa yang menarik mengenai perkara ini adalah kedua-dua pihak akan berserah pada Tuhan untuk mengambil tindakan.

Inilah maksud Ummi Hafilda. Dan sebab inilah ramai yang merasakan Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Saiful telah bersumpah tetapi Anwar enggan berbuat demikian. Jadi tuduhan Saiful akan dianggap benar kerana beliau telah bersumpah manakala Anwar hanya menafikannya tanpa bersumpah – yang bermaksud beliau bersalah.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/ummi-hafilda-wants-god-to-decide-najibs-guilt/