Kejatuhan Kaum Cina Di Malaysia – Cheah Sin Chong

Seorang bekas wartawan The Star berbangsa Cina menulis tentang kaum Cina Malaysia.


Kaum Cina di Malaysia semakin jatuh – tidak terima kasih kepada usaha-usaha berterusan pihak jahat Democratic Action Party (DAP) dalam menyemai benih-benih kebencian ke dalam minda Cina.

Zombie DAP, sudah tentu akan melompat dalam kemarahan dan melontarkan kata-kata kesat pada saya. Well, saya kebal terhadap dos racun harian mereka. Satu hari DAPigs ini akan meledak sendiri dengan racun.

Orang Cina Malaysia semakin jatuh dengan cepat kerana ramai daripada mereka, secara tepatnya DAPigs, tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir secara rasional lagi. Ramai daripada mereka adalah hasil daripada zaman kanak-kanak yang dimanjakan dan mereka teruskan ini pada anak-anak mereka sendiri pula.

Ya, saya salah seorang daripada jenis ibu bapa – terlalu penyayang dan memanjakan anak-anak saya – dan itulah sebabnya saya juga bimbang sama ada ini adalah cara mendidik yang betul. Jadi kadang-kadang saya perlu untuk membawa mereka ke jalan yang betul. Saya mengkibarkan bendera kebangsaan kita di tingkap bilik tidur utama saya buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun kami menginap di rumah ini, kerana saya merasakan keperluan untuk melakukannya, untuk menunjukkan kepada anak-anak saya sekilas patriotisme. Sama ada mereka akan mendengar atau mengikuti saya adalah satu perkara yang sangat individu, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu saya telah melakukan perkara yang betul.

Saya tidak berhasrat untuk menyelidiki ke dalam wacana falsafah dan panjang lebar tentang mengapa saya rasa orang Cina Malaysia sedang jatuh cepat – dalam hampir setiap segi.

Saya hanya perlu memberi anda beberapa potong perbualan biasa saya dengan bangsa Cina sendiri.

1) Seorang wanita : “Oh, perhimpunan Bersih 4.0 mengingatkan saya kepada perhimpunan pelajar di Shanghai pada tahun 1940-an, membawa kain rentang dan sepanduk. Mereka berarak dengan berani di jalanraya!”

Saya : “Tolonglah, mereka adalah peserta perhimpunan anti-Jepun. Mereka adalah prajurit benar. Bersih 4.0 adalah BUKAN. Mereka berada di jalanraya untuk memalukan negara kita. Faham?

2) The Parenting Network (Facebook), seorang wanita (dan ramai seperti beliau): “Harga susu yang diimport telah naik begitu tinggi kerana GST dan Ringgit kita jatuh … saya perlu memberi kanji kepada anak-anak saya makan!”

The Parenting Network di mana saya telah baru-baru ini keluar daripadanya seolah-olah digunakan sebagai satu medium halus untuk posting dan komen anti-kerajaan.

Saya : “Saya rasa ibu bapa Cina hari ini terutamanya yang berusia lewat 20-an sehingga ke 40-an (semua cukup muda untuk menjadi anak-anak saya), merungut atas setiap perkara-perkara kecil.”

Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import, tiada gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang dan kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan sembelih ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya ketika kecil tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun.

Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang banyak.

Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan.

Mengapa? Kerana mereka tidak boleh mengamalkan disiplin, dan pembiayaan peribadi juga. Saya seorang pesara, dan tidak memperoleh apa-apa. Namun, saya masih cukup simpnan untuk membawa keluarga saya sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk makan di hotel lima bintang. Mengapa? Saya menguruskan kewangan saya dengan baik, saya bebas hutang dan saya hidup di bawah kemampuan saya. Dividen KWSP saya yang saya tidak ambill tetapi membiarkan ia untuk mengumpul, adalah pendapatan saya, lebih daripada pendapatan beberapa orang berpangkat pengurus peroleh dalam setahun.

Walaupun saya seorang pekerja makan gaji sepanjang hidup saya dan tidak pernah naik dalam posisi pengurusan, saya tidak membeli kereta yang baru dan mahal. Saya hanya memiliki sebuah kereta baru, sebuah kereta Proton Iswara (kini dijual) sepanjang kehidupan dewasa saya. Saya memandu kereta terpakai dan saya membeli rumah pertama saya hanya pada usia 37. Saya telah mengalami masa yang sukar tetapi saya tidak mengeluh cara Cina lakukan hari ini. Saya berlatih bersabar untuk kesenangan masa hadapan.

Ramai daripada Cina hari ini hanya membaca berita sampah, terutamanya propaganda dari DAP dan ya, buku-buku mengarut oleh bekas rakan sekolah saya Kee Thuan Chye dan mereka sudah fikir konon mereka sudah membaca segalanya.

3) Ini membawa saya kepada bekas rakan sekolah saya iaitu Kee Thuan Chye.

Dia sangat bagus dengan penanya. Seorang penulis prolifik. Malah, banyak perkara dan sindiran sangat tepat dan mungkin itulah sebabnya bukunya laku seperti goreng pisang panas. Saya mendoakan kejayaan beliau.

Tetapi ada satu insiden di blog OldFreees70/72 yang membuat saya marah. Untuk pengetahuan anda, saya telah pun pergi ke pelancaran buku dan majlis tandatangan di Borders, Gardens Mall dengan keluarga saya untuk memberi sokongan moral.

Walaupun saya tahu sentimen anti-kerajaan beliau, saya mengenepikannya untuk menunjukkan kepadanya sokongan sebagai ‘old Free’ (Penang Free School). Namun, kemudian dalam blog OldFrees70/72, hanya kerana saya berbeza pendapat, dia memanggil saya seorang cybertrooper Umno. Saya tidak kisah jika ia datang dari orang-orang zombie, tetapi saya rasa amat terkilan bahawa dia menghina saya di hadapan rakan-rakan saya bekas pelajar sekolah Penang Free sendiri di Internet.

Dia bukan lagi kawan. Malah, saya mengambil buku eksklusif yang ditandatangani beliau – ‘No more Bullshit please, we are all Malaysians’ – yang saya beli dan buat kali pertama, dibakar di luar halaman rumah saya. Saya suka buku dan tidak akan membakar buku tetapi kerana lelaki ini, saya melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan.

Jadi ya, dia adalah orang Cina yang telah jatuh di mata saya.

4. Seorang wanita Cina yang kaya yang berpendapatan berjuta ringgit mahu mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 4.0. Beliau memiliki berpuluh-puluh kedai-kedai runcit yang difrancaiskan. Walaupun memperoleh pendapatan lumayan hasil keamanan dan kestabilan negara kita, dan walaupun beliau telah mengembara, bijak, ‘socialite’ dan lain-lain, dia boleh tidak membezakan antara semangat patriotisme, kesetiaan dan pandangan politik.

Suaminya yang bimbang bahawa dia akan mengambil bahagian dalam Bersih dengan pantas menerbangkannya ke luar negara. Satu lagi contoh ‘kejatuhan’ Cina dalam mentaliti.

Banyak lagi contoh lain.

Oleh Cheah Sin Chong,
https://www.facebook.com/sccheah07/posts/10207035458782508