Kelebihan & Kekurangan Sekolah Vernakular Dari Kacamata Bukan Melayu

Menjadi satu-satunya yang ganjil di dalam keluarga apabila kesemua abang-abang saya dihantar ke sekolah kebangsaan, saya pula dihantar ke SJKC.

Ketika darjah 5, jiran saya yang pergi ke sekolah kebangsaan berjaya mendapat A di dalam BM dan BI, subjek yang menjadi kelemahan saya. Kesemua subjek adalah di dalam teks mandarin dan kami mempunyai satu buku teks BM dan BI. BM dan BI yang digunakan adalah 2 tahun kebelakang. Bermakna ketika saya darjah 4, buku yang digunakan adalah buku tahun 2, ketika darjah 6, bukunya pula adalah buku tahun 4.

Ketika darjah 6, abang sulung saya (beza umur 9 tahun) telah bertanya kepada ibu saya: “Kenapa pelajar darjah 6 masih lagi gagal bertutur bahasa inggeris dengan baik?”

Saya kemudiannya tersedar yang saya perlu memperbaiki penguasaan bahasa inggeris saya.

Saya pergi ke SMK dan nisbah pelajar melayu dengan Cina adalah 70:30 dan saya mempunyai beberapa orang rakan Melayu di sekolah. Saya melihat ayah saya ada kawan-kawan Melayu. Dan jika saya membandingkan dengan sepupu-sepupu saya yang belajar di SJKC dari sekolah rendah hingga menengah, mereka langsung tiada rakan-rakan orang Melayu.

Kelebihan :

  • Dapat mempelajari bahasa mandarin.
  • Guru cina sangat bagus, bersemangat, kelakar dan tegas.
  • Disiplin, adab.

Kekurangan :

  • Tidak dapat bertutur BM dan BI dengan baik (Mujur ibubapa saya bertutur di dalam BI)
  • Lemah di dalam BM dan BI ketika peperiksaan.
  • Tidak mempunyai rakan melayu dan india (sekolah sama bangsa, jiran pun berbangsa yang sama)
  • Tidak memahami budaya dan agama bangsa lain jadi, tiada kepentingan untuk bercampur gaul dengan bangsa lain.
  • Pertukaran yang penuh kesukaran dari sekolah rendah yang menggunakan teks mandarin kepada sekolah menengah yang menggunakan teks bahasa melayu – terpaksa berhempas pulas dengan gigih.

Walaupun mandarin merupakan subjek yang bagus / bahasa yang indah, terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Kita hanya akan menjarakkan hubungan antara kaum dan mencipta masyarakat yang tidak rapat. Kita tinggal bersama tetapi kita tidak bermain bersama (tidak bercampur dengan kaum lain di sekolah dan juga di kawasan kejiranan), kita tidak makan bersama (isu halal), malah kita tidak juga bergaduh bersama-sama. Jadi bagaimana kita hendak menyayangi satu sama lain?

Komuniti ini tidak bersatu, nampak elok dari jauh, tetapi dari dekat, ianya tidak begitu. Hari ini, kebanyakkan orang Cina skeptik terhadap orang Melayu dan menganggap mereka bangsa yang lebih pintar, moden dan efisien manakala orang Melayu lembab, tidak efisien, konservatif/tertutup dan ekstrim dalam agama. Dan dengan kemunculan ISIS, Islam-phobia telah menjadi semakin teruk.

Jika anda bertanya kepada saya, saya tidak menggalakkan SJKC, ianya tidak mencapai standard antarabangsa, membebankan pelajar dengan kerja yang banyak, kerana huruf mandarin paling susah untuk dipelajari dan mengambil masa.

Statistik dari tahun 1986-2009 telah menunjukkan 76% dari pelajar yang tercicir persekolahan adalah pelajar Cina – gagal peperiksaan Tingkatan 3. Bermaksud tidak mampu menghadapi persekolahan dengan baik. Disebabkan ini, mereka sukar mendapatkan pekerjaan yang baik, malah untuk menjadi penjawat awam pun sukar. Ramai orang Cina tersalah faham yang kerajaan adalah rasis dan penjawat awam kebanyakkannya adalah Melayu, sedangkan mereka tidak mengetahui yang kebanyakkan pelajar Cina gagal untuk mendapat kredit di dalam subjek BM SPM untuk membolehkan mereka memperolehi pekerjaan tersebut.

Jadi mereka akhirnya menjadi peniaga gerai, menjadi gangster menjual CD haram, menjadi along, mengedar dadah, jurujual kereta, juru servis pendingin hawa dan sebagainya. PM Najib memahami situasi ini dan telah menghapuskan peperiksaan Tingkatan 3 iaitu SRP/PMR dan menetapkan peraturan, semua orang mesti menghabiskan SPM – maka tiada lagi masalah keciciran selepas ini.

Jika anda bertanya kepada saya, jika saya boleh putarkan masa kembali, saya tidak mahu pergi ke SJKC kerana Mandarin tidak digunakan di Malaysia – BM dan BI digunakan. Saya perhatikan, kebanyakkan rakan-rakan sekolah mandarin saya tidak mampu bertutur BI dengan baik. Sudah semestinya ada di antara mereka yang berjaya di dalam perniagaan. Jika saya mendapat A di dalam BM SPM, sudah tentu saya boleh memilih universiti yang bagus, pekerjaan yang bagus dan gaji yang tinggi.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan; walaupun SJKC dibenarkan tanpa bantahan, tetapi kelebihan yang ‘percuma’ itu tidak dinyatakan. Atas niat yang baik, kerajaan telah membina lebih 9,000 SJKC dan SJKT, membayar gaji guru, elektrik, penjagaan, kemudahan dan prasarana. Gaji guru yang dibayar setiap tahun adalah lebih RM100 juta. Kerajaan tidak boleh menghapuskan SJKC tetapi boleh menghentikan pembiayaan. Dan kesemua SJKC akan diswastakan.

Cadangan saya:
Henti pembiayaan SJKC dan SJKT dan mula membina SJKE (sekolah jenis kebangsaan english). Dengan ini kita akan menyatukan masyarakat: bermain, ketawa dan bergaduh di bawah satu bumbung. Kerana jangan lupa, di luar sana, matemaik dan sains adalah di dalam bahasa inggeris.

Oleh Maria Tay,
https://www.facebook.com/maria.tay1/posts/10207920362508030