Kenapa Tidak Boleh Disamakan Pencuri Sardin Dan Khir Toyo?

Sampah Rakyat terus memperbodohkan pengikut mereka.

Khir Toyo dan pencuri sardin yang dihukum adalah berdasarkan budi bicara hakim dan mengikut peruntukan dalam undang-undang.

Apa Sampah Rakyat tidak tunjukkan adalah bahawa pencuri sardin itu merupakan pesalah tegar jenayah berulang dan mempunyai rekod lampau pelbagai jenayah seperti menceroboh, mencuri selain pernah dihukum atas Akta Kesalahan Kecil sebelum ini.

Malah pada masa hukuman dijatuhkan, pesalah berulang itu juga mempunyai kes mencuri motosikal yang belum selesai.

Mungkin Sampah Rakyat tidak memahami bagaimana sistem keadilan berfungsi dan penjenayah berulang biasanya akan dijatuhkan hukuman yang berat sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan atau hukuman yang akan dijatuhkan akan menjadi lebih berat lagi.

Anda boleh bertaruh bahawa jika Khir Toyo ditangkap dan didapati bersalah sekali lagi bagi kesalahan yang sama, hukuman akan menjadi lebih berat.

Apa Sampah Rakyat juga terlupa untuk menyebut bahawa selain hukuman penjara 1 tahun, Khir Toyo juga dilucutkan hartanya yang bernilai RM6.5 juta dan dirampas oleh kerajaan – yang setaraf dengan denda RM3.5 juta (kerana Khir Toyo membayar hanya RM3.5 juta dalam kes ini).

Menggunakan logik yang sama seperti Sampah Rakyat, mereka juga perlu menunjukkan bahawa Abdul Rahim bin Abdul Rahaman yang didapati bersalah oleh mahkamah di bawah pelbagai tuduhan Seksyen 377b dan dijatuhi hukuman 60 tahun penjara dan 22 sebatan.

Sementara Anwar hanya dihukum 5 tahun penjara walaupun Saiful berkata ia bukan kali pertama diliwat sebelum ini.

Adakah Suara Rakyat akan meminta “keadilan” hukuman keras yang sama untuk Anwar seperti apa yang Abdul Rahim dapat?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1627624547456333&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/curi-sardin-buruh-dijel-2-tahun-1.119030

Post Suara Rakyat: https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239.1073741828.199843990194126/520881754757013/?type=3

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1724370821115038&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater