Kepada Yang Mempersendakan Populasi Melayu Sebagai Pengecut, Tiada Telur, Bangsa Yang Terpilih, Anda Sangat Memalukan! Anda Jelas Tidak Berapa Mengenali Rakyat Negara Anda Sendiri!

Protes Bersih masih lagi sedang berjalan dan ada yang telah mula tertanya-tanya di mana orang Melayu kerana penyertaan mereka turun kepada lebih atau kurang 10%.

Ketika pemimpin politik dan dan ahli pembangkang persekutuan cepat-cepat berkata ‘apa yang kita lihat adalah rakyat Malaysia’ atau ‘mereka akan datang hari ini’, ada yang telah mula mengambil tindakan mempersendakan keseluruhan kaum Melayu.

Antara tuduhannya adalah orang Melayu telah terlampau selesa, orang Melayu bertuah, orang Melayu pengecut dan yang menjadi pilihan saya setakat ini, orang Melayu tiada telur.

Dengan merendah diri, saya akan panggil mereka semua ini bodoh kerana mereka jelas tidak perasan yang orang Melayu ada di mana-mana sahaja.

Benarkan saya untuk menjelaskan.

Saya berada di Nu Sentral semalam, berdekatan dengan Brickfields sebagai salah satu tempat berkumpul.

Dan ketika ada yang bertanya di mana orang Melayu berada, mereka telah terlupa siapa yang menghidangkan sarapan mereka jika mereka ada di dalam kompleks membeli belah yang sama dengan saya.

Tambahan pula, jika anda menaiki pengangkutan awam, siapa yang mengendalikan kereta api atau pusat kawalan LRT?

Siapa barista yang menghidangkan kopi anda ketika anda terkejar-kejar untuk mengecas telefon anda di Starbucks?

Dan siapakah pelayan di Chicken Rice Shop, Nandos atau Texas Chicken dengan sos kontroversinya itu?

Dan lebih penting, dari siapa anda beli t-shirt Bersih di saat akhir, di Uniqlo atau di mana sahaja, jika undang-undang larangan memakai baju kuning dikuatkuasakan pada saat akhir?

Dan siapakah pegawai polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan yang sedang berkawal di kawasan perhimpunan?

Siapa yang menyiasat ugutan yang disebarkan melalui SMS terhadap Bersih?

Malah, ada satu lagi perkara lagi yang anda gagal lihat. Dari sudut ekonomi, kaji selidik oleh Merdeka Centre berkata yang paling tidak setuju dengan Bersih adalah orang Melayu yang berpendapatan di bawah RM2,000.

Terdapat satu cerita yang mula tersebar di mana ada seorang pakcik dari Perlis perlu membelanjakan seminggu gajinya untuk menghadiri BERSIH.

Selamat untuk berkata, majoriti yang tidak bersetuju dengan BERSIH atau tidak dapat hadir adalah mereka yang tidak mampu untuk menghadirinya.

Jadi kepada yang mempersendakan populasi Melayu sebagai pengecut, tiada telur, bangsa yang terpilih, anda sangat memalukan.

Untuk siapa anda fikir mahu ‘menyelamatkan ekonomi’? Hanya untuk anda?

Ia adalah untuk mereka yang tidak mendapat gaji yang secukupnya, seperti graduan menganggur, sama seperti soalan yang diajukan kepada Tun Mahathir di Pasir Gudang sebelum beliau memutuskan untuk kembali ke Kuala Lumpur untuk meninjau Bersih.

Ia adalah untuk mereka yang tidak boleh bercuti pada hujung minggu untuk menyertai protes Bersih anda, terutamanya yang akan dibayar tiga kali ganda upah harian kerana hujung minggu yang akan melibatkan Isnin sebagai cuti umum.

Ianya untuk mereka yang kehilangan rumah dan masih tinggal di dalam khemah di Kelantan dan Terengganu kerana banjir, yang masih menunggu rumah mereka dibina semula dan tidak boleh membazirkan wang.

Sudahkah anda terlupa pada mereka dalam misi anda – yang kononnya mahu menyebarkan propaganda?

Jadi kepada mereka yang begitu menyokong Bersih sehingga memanggil populasi majoriti sebagai pengecut, anda jelas tidak mengenali rakyat negara anda sendiri dengan dekat.

Kepada yang berkata ianya disebabkan PAS, anda tak tahu apa yang mereka perlu belanjakan untuk membawa orang ramai ke perhimpunan ini. Agama dan politik mungkin anda fikirkan sebagai sebabnya, dan anda mungkin tidak akan lihat logistik dan kos yang terlibat.

Dan saya akan ucapkan ini sekali lagi kepada semua yang mengutuk orang Melayu. Memang, orang Melayu adalah miskin, tetapi mereka merupakan pengundi majoriti di Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Mereka mungkin tidak menghadiri Bersih, tetapi saya boleh yakinkan anda yang mereka membaca kutukan anda terhadap mereka, malah di ruangan komen portal online.

Oleh Hafidz Baharom,
The Malaysian Insider,
http://www.malaysia-today.net/bersih-no-malays-or-you-failed-to-notice/