Khairuddin Abu Hassan Ditangkap Pihak Polis Ketika Cuba Melarikan Diri Melalu Pintu Belakang

Ini semua selepas dia berkata, “Sebesar zarah pun saya tidak takut dengan PDRM yang semakin haprak”.


Bekas pemimpin Umno yang juga merupakan orang kuat Tun Mahathir, Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap kerana didakwa cuba memudaratkan demokrasi berparlimen.

Peguamnya, Matthias Chang memberitahu pihak media bahawa Khairuddin telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi dan sedang disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Awal hari ini bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu mendapati dia dan Matthias telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Dia sepatutnya pergi ke Bukit Aman pada hari Isnin untuk disoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.

Ketika ditangkap, Khairuddin sedang cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumahnya setelah Polis menyerbu melalui pintu hadapan. Bagaimanapun, sepasukan lagi anggota Polis berjaya menahan Khairuddin di pintu belakang rumahnya.

http://www.malaysia-today.net/khairuddin-abu-hassan-arrested-while-sneaking-out-the-back-door/