Komen Tun Mahathir Seperti Hina Mahkamah

Ini adalah apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata mengenai dokumentari Al-Jazeera tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu:

“Perdana Menteri Najib Abdul Razak perlu membersihkan nama dan tidak hanya mendakwa bahawa ia (dokumentari tersebut) telah dikeluarkan untuk menggulingkan kerajaan.”

“Bukti perlu diberi bahawa pembunuhan, perselindungan, penglibatan pihak polis adalah tidak benar dan bahawa Abdul Razak Baginda adalah sama sekali tidak bersalah atas jenayah yang dahsyat.”

“Semata-mata mengatakan bahawa ia tidak benar boleh meyakinkan sesetengah rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, majoriti dan warga asing tidak akan yakin.”

“Ia tidak menyenangkan untuk diberitahu bahawa Perdana Menteri Malaysia mungkin terlibat dalam pembunuhan.”

Pertama sekali mahkamah telah pun membicarakan kes ini dan telah membuat keputusan. Adakah Dr Mahathir menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan bahawa hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur? Jika tidak mengapa Dr. Mahathir mempersoalkan mahkamah dan membuat sindiran bahawa mahkamah tidak jujur, sebenarnya sama seperti menghina mahkamah.

Dr. Mahathir harus ingat bahawa pada 1998 apabila beliau menjadi Perdana Menteri, dakwaan yang sama dibuat terhadapnya berhubung perbicaraan kes liwat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan Dr Mahathir menjawab bahawa beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Malah seorang peguam yang mempersoalkan hakim telah didakwa kerana menghina mahkamah.

Kedua, ianya bukan terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah seperti dicadangkan oleh Dr. Mahathir. Ia adalah bagi mahkamah untuk membuktikan kebersalahan. Dan mahkamah telah pun membebaskan Abdul Razak Baginda. Jadi dengan apa cara lain Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib membersihkan namanya? Adakah terdapat cara lain selain daripada melalui mahkamah?

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia.
http://sskeruak.blogspot.my/2015/09/should-not-guilt-be-proven-instead.html