Kurangkan Politik Kaum-Agama & Tumpukan Lebih Kepada Pembangunan Negara

Pilihanraya Umum 1974 adalah kemenangan besar kepada BN, yang memenangi 135 daripada 154 kerusi – meninggalkan hanya 19 kerusi pada pembangkang.

Ia adalah satu-satunya pilihan raya di mana BN bergabung dengan PAS yang juga menandakan kali pertama sejak kemerdekaan parti pemerintah persekutuan memenangi kerajaan negeri Kelantan.

Kesemua sekali lebih 50 calon pembangkang hilang wang deposit.

Ini juga membuktikan bahawa jika PAS dalam BN, ia tidak bermakna bahawa Gerakan, MCA dan MIC dihapuskan – sebenarnya, mereka juga mendapat keuntungan besar.

Sepanjang tahun lepas, saya kagum dengan integriti PAS dalam isu Langkah Kajang dan fikiran saya adalah bahawa jika PAS berada dalam BN, tidak bermakna Malaysia tiba-tiba menjadi sebuah negara syariah penuh seperti Brunei – terutamanya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai autonomi ke atas perkara-perkara agama.

Apabila PAS di dalam BN 1972-1977, Malaysia berjaya kekal sederhana dan akomodatif untuk semua kaum dan konflik perkauman yang sangat kecil.

Integriti PAS dan tumpuan kepada agama semasa dalam BN juga boleh menjadi faktor untuk menjadikan UMNO lebih jujur dari segi tadbir urus.

PAS berada dalam BN juga boleh menjadi faktor kesederhanaan untuk kedua-dua pihak serta UMNO dan PAS tidak lagi perlu bersaing antara satu sama lain tentang siapa yang lebih beragama.

Bagi saya sebagai bukan Islam, ini adalah faktor yang paling menarik.

Kompromi dan kerjasama menerusi persetujuan boleh dicapai. Kelantan juga akan mendapat manfaat daripada bantuan Persekutuan yang lebih besar bagi membolehkan negeri itu untuk setanding dengan negeri lain di seluruh negara dari segi pembangunan.

Bagi isu Hudud di Kelantan, mungkin UMNO dan PAS boleh bersetuju dengan pungutan awam di Kelantan sama ada rakyat negeri ini mahu undang-undang hudud. Jika majoriti rakyat di Kelantan mahu Hudud, siapalah kita untuk menafikan mereka. Ia masih demokrasi, bukan?

Jika majoriti rakyat bersetuju, PAS boleh bersetuju untuk membolehkan kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi ujian-kes Hudud untuk lebih sepuluh tahun bagi melihat bagaimana ia memberi kesan kepada negara dari segi pelaburan, pembangunan dan penguatkuasaan undang-undang sebelum PAS boleh membina kes untuk melaksanakan Hudud di negeri-negeri lain.

Saya menarik persamaan dengan Indonesia di mana Aceh telah melaksanakan peraturan Syariah tegas semenjak tahun 2001.

Aceh masih sebahagian daripada Indonesia dan tidak menjejaskan Jakarta sama sekali walaupun telah melaksanakan undang-undang Syariah yang tegas selama 14 tahun.

Dan kita semua tahu bagaimana liberalnya kota Jakarta (dan Bandung atau Batam) hingga sekarang. Kehidupan diteruskan di kota-kota.

Semuanya boleh dibincangkan dan dipersetujui – terutamanya jika salah satu manfaat utama adalah untuk melindungi hak-hak semua dan menjamin keharmonian pelbagai kaum untuk membolehkan Malaysia meneruskan kemajuan dan mengekalkan gaya hidup dan kebebasan masing-masing.

Kurangkan politik kaum-agama dan tumpukan lebih kepada pembangunan negara adalah sangat dialu-alukan.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1721990404686413&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater