Laporan Penyelidikan DBS Bank Singapura: Hutang Luar Negara Malaysia Secara Efektifnya Adalah SIFAR

Malaysia mempunyai antara lebihan akaun semasa yang terbesar di Asia, semenjak tahun 1997 – pada purata 11% dari KDNK – dan lebihan tersebut telah menghapuskan liabiliti keseluruhan dengan bersih, kata DBS Bank Singapura dalam satu laporan penyelidikan yang diterbitkan hari ini.

“Hari ini, Malaysia memegang seberapa banyak tuntutan ke atas warga asing sebagaimana warga asing memegang ke atasnya. ‘Hutang’ luaran sebenar adalah sifar, atau sangat hampir kepada sifar, dalam laporan yang bertajuk “Triangulating Asian Angst: the US, China and the 97 question”.

“Angka-angka yang ditunjukkan oleh Malaysia adalah sangat menarik dan menunjukkan bagaimana statistik hutang luar boleh disalah erti.

“Seperti seorang individu mungkin mempunyai hutang kenderaan yang besar yang diseimbangkan dengan pemilikan 4-5 buah rumah, sesebuah negara mungkin mempunyai hutang luar yang besar yang diseimbangkan dengan pemilikan aset asing (seperti syarikat, saham, pegangan pembedaharaan US).

Ketika menjelaskan analogi ini, DBS menulis: “Seseorang individu mungkin mempunyai banyak kereta tetapi mempunyai nilai bersih yang tinggi kerana beliau memiliki 4 buah rumah. Begitu juga dengan negara. Ia boleh mempunyai hutang luar negara yang tinggi yang diseimbangkan dengan pemilikan aset di luar negara, meninggalkan posisi pelaburan antarabangsa bersih yang besar, atau seperti yang dipanggil oleh IMF iaitu ‘net international investment position’.”

Membuat perbandingan dengan krisis 1997, wartawan penyelidik DBS Bank menulis “Kitarannya jelas: untuk 4 tahun terakhir ekonomi Asia, termasuk China, berundur dari had dan tidak menuju ke arahnya.”

Laporan penyelidikan DBS Bank juga berkata kacau bilau pasaran saham semasa dan nilai tukaran asing adalah satu ilusi dan tidak menggambarkan situasi ekonomi Asia yang sebenar.

“Pengunaan (jualan runcit) terus berkembang pada 12-13% dan dengan kadar inflasi yang telah menurun dua peratus di dalam masa 2 tahun, ia mungkin telah berkembang dalam situasi yang sebenar.

“Export jatuh kerana penggunaan dolar US – di seluruh Asia. Tetapi itu disebabkan oleh kekuatan nilai dolar, dan bukannya kejatuhan yang sebenar.

“Apabila diukur dengan satu bakul dolar, euro dan yen – satu-satunya cara yang masuk akal memandangkan nilai dolar terus meningkat naik – adalah export China yang kekal berkembang pada 10% semenjak awal tahun 2011.”

DBS Bank turut menambah: “Masalah sebenar? Mereka terus berkembang pada kadar tahunan 8%. Menurun dari kadar 10% untuk tahun 2009-2011 tetapi ianya konsisten dengan pertumbuhan KDNK yang perlahan dan ianya bukanlah krisis”

Sumber: http://www.therakyatpost.com/business/2015/09/07/dbs-malaysias-external-debt-effectively-zero/