Lim Kit Siang Berbohong Dakwa Tidak Pernah Pijak Gambar Pemimpin Politik

Lim Kit Siang, anda memang mudah lupa?

Siapa yang anda fikir mengajar semua penyokong anda untuk menjadi kurang ajar seperti ini? Yang menerapkan semua contoh yang tidak baik? Sekarang anda berpura-pura dan berkata tidak pernah atau tiada bukti?

“Sepanjang 50 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah memijak gambar mana-mana pemimpin politik,” katanya yang dilaporkan Roketkini.http://www.roketkini.com/2015/09/02/dap-kutuk-perbuatan-pijak-gambar-najib-hadi/

Kit Siang turut mengakui memang ada orang yang menuduh beliau dan anaknya Lim Guan Eng memijak gambar bekas Adun-Adun Pakatan Rakyat yang belot di Perak pada tahun 2009, tetapi dakwanya ia merupakan satu pembohongan.

Jadi itu semua palsu dan pembohongan?

Jika ia palsu, mengapa wakil rakyat DAP, Ngeh Koo Ham membuat kenyataan pada 4 Disember 2009 bahawa DAP Perak akan bertanggungjawab terhadap tindakan beberapa pemimpin parti pembangkang itu yang bertindak memijak foto tiga pemimpin.

Koo Ham turut membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia terhadap tindakan memijak foto itu. https://farm6.staticflickr.com/5748/21087457135_b895c0de1b_z.jpg

http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=460127&lang=en

https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/10152973798261073

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1714838888734898&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1