Lim Kit Siang HIPOKRIT Paling BESAR! Beliau Menentang Perhimpunan Baju Merah Yang Berasaskan Kaum Namun Menyokong pila Perhimpunan Hindraf

Lim Kit Siang menggesa Najib dan kabinetnya untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia untuk “shameful abdication of responsibility” dengan membenarkan Hari Malaysia dirosakkan oleh perhimpunan baju merah.

Dia menegaskan bahawa lebih 1,000 pekedai dan peniaga di Jalan Petaling, mewakili lebih 90 peratus daripada perniagaan menutup kedai-kedai mereka atas sebab-sebab keselamatan.

Dia juga berkata, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (ACCCIM) menyuarakan penentangannya terhadap perhimpunan itu kerana bernada perkauman dan merayu kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. http://www.malaysiakini.com/news/312603#axzz3lyOnPJSo

Ini adalah sebab mengapa saya menentang segala perhimpunan jalanan termasuk perhimpunan baju merah. Saya konsisten dalam hal ini.

Sebaliknya, Uncle Lim Kit Siang adalah hipokrit paling besar.

Adakah dia benar-benar berfikir bahawa BERSIH 1, 2, 3 dan 4 tidak memaksa mana-mana kedai untuk menutup operasi pada hari tersebut kerana perhimpunan?

Bagi konteks perhimpunan berasaskan kaum, adakah Lim Kit Siang ingat akan perhimpunan HINDRAF yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 25 November 2007.

Dianggarkan antara 5,000 hingga 30,000 orang berkumpul di luar Menara Berkembar Petronas, kedai-kedai di sekitar Kuala Lumpur termasuk Suria KLCC ditutup pada hari itu kerana bimbang dan takut wujud masalah dari perhimpunan tersebut.

Apa yang Lim Kit Siang katakan?

Beliau menyokong penuh perhimpunan HINDRAF itu dan berkata bahawa polis mesti menghormati hak asasi manusia di Malaysia untuk berhimpun secara aman. http://blog.limkitsiang.com/2007/11/23/hindraf-rally-police-stop-stop-over-reacting-dismantle-roadblocks-and-issue-permit/

“Polis perlu berhenti bertindak keterlaluan, hentikan sekatan jalan raya yang mewujudkan kesesakan besar-besaran di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta isukan permit polis untuk perhimpunan Hindraf,” kata Kit Siang.

Jadi, beliau menyokong bantahan berasaskan kaum seperti HINDRAF dan juga empat siri perhimpunan BERSIH yang sama mengganggu perniagaan tetapi perhimpunan baju merah tidak boleh diadakan?

Bagaimana pula dengan perhimpunan dan demo yang tidak terkira banyaknya yang dianjurkan bersama pasangan PKR anda di sekitar Sogo? Mereka tidak mengganggu Sogo dan perniagaan lain?

Ini pada dasarnya mengesahkan Uncle Lim sebagai hipokrit paling besar dan tidak berprinsip dalam politik Malaysia.

Jika anda mempunyai prinsip, anda perlu membantah semua perhimpunan jalanan – dan bukan hanya perhimpunan jalan yang tidak menyebelahi anda.

Jika BERSIH 4.0 tidak berlaku, maka perhimpunan merah tidak akan berlaku juga.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1720785058140281