Mengaku Memperkenalkan Clare Kepada Tong Kooi Ong, Tahukah Data Itu Dicuri & Kenapa Tidak Kemukakan Kepada PAC?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membuat pengakuan dia individu bertanggungjawab memperkenalkan wanita yang menjadi dalang kepada kempen menjatuhkan Perdana Menteri, Clare Brown kepada pengurusan tertinggi syarikat media The Edge.

Berikutan bukti-bukti daripada penyiasatan terhadap bekas kakitangan PetroSaudi Justo Xavier mula ketara, Tony membuat pengakuan ini namun turut menafikan kononnya bertanggungjawab terhadap pembocoran maklumat.

Malah, Tony turut enggan menjawab soalan akhbar New Straits Times (NST), melalui aplikasi perbualan Whatsapp apabila diajukan soalan: sebagai orang tengah terhadap penjualan komoditi bernilai US$2 juta (RM8.6 juta), tidak mengetahui apa yang dijual, ketulenannya dan sumbernya.

Beliau turut ditanya sama ada mengetahui atau sedar yang dia membantu dan bersubahat dalam penjualan data dicuri namun cuba lari daripada menjawab soalan mudah itu dengan menuduh wartawan NST cuba membuat tuduhan terhadapnya.



Terjemahan perbualan:

Wartawan: YB Tony, anda mengaku memperkenalkan Clare kepada Dato Tong. Tetapi adakah anda tahu anda sedang berurusan dengan barang dicuri?

Tony: Saya sedar ia mengenai wang yang dicuri daripada 1MDB. Tolong petik kenyataan saya itu dalam berita anda.

Wartawan: Baiklah YB. Sebagai ahli PAC, apabila anda mengetahui mengenai dokumen terbabit awal tahun ini, kenapa anda tidak mengemukakan kepada jawatankuasa itu? Mengapa anda mendiamkan diri mengenainya. YB, anda juga tahu anda terbabit dengan harta dicuri?

Tony: Adakah anda menuduh saya?

Wartawan: Tidak. Saya hanya bertanyakan soalan yang saya rasakan penting.

Tony: Bagaimana anda tahu saya senyap mengenainya? Anda mempunyai minit mesyuarat PAC?

Wartawan: Kami melihat semua sudut YB. Saya akan membuat penilain usaha wajar di pihak saya dan akan mengesahkan dengan PAC juga. Tolong jangan terlalu defensif, kerana saya hanya mahu pastikan, berikutan kenyataan anda kepada MalaysiaKini, anda menjawab ‘Tidak, Tidak’ apabila ditanya adakah YB sedar ia adalah barang curi. Ia tidak masuk akal ketika anda menjadi penghubung kepada The Edge, anda tidak tahu apa sebenarnya yang anda sedang uruskan (barang curi). Jadi, soalan saya sangat mudah, adakah anda sedar atau tidak data yang sedang anda uruskan itu adalah dicuri?

(Selepas lebih dua jam berlalu tanpa sebarang jawapan dari Tony Pua).

Wartawan: YB, saya lihat anda sudah membaca mesej terakhir saya. Adakah anda tidak mahu menjawab kepada soalan dikemukakan kepada YB?



Sumber: http://mynation.my/tony-pua-bakal-merengkok-dalam-penjara/