MENGANGGAR KEHADIRAN BERSIH 4.0

Terdapat pelbagai anggaran untuk kehadiran peserta Bersih kali ini, dari 500,000 (oleh Bersih) dan 20,000 (oleh Polis).

Mungkin kaedah terbaik untuk mengira jumlah statik orang ramai adalah Jacob’s Method dan ini melibatkan matematik yang mudah iaitu mendarab kepadatan dengan saiz kawasan. Prof Madya Ray Watson dari Jabatan Matematik University Melbourne telah mencadangkan kepadatan 0.42 orang untuk satu meter persegi untuk satu perhimpunan biasa di dalam kertas kerja beliau yang masyur yang diserahkan kepada Royal Statistical Society.

Dengan menggunakan panduan beliau dan Free Map Tool untuk menganggarkan saiz Dataran Merdeka, ianya seluas 10,300 meter persegi. Pengiraan yang mudah telah menganggarkan kehadiran peserta adalah 24,524 orang yang lebih dekat dengan anggaran polis. Secara logiknya, adalah mustahil 500,000 orang boleh ditempatkan di kawasan tersebut.

Walaupun terdapat kumpulan peserta di kawasan lain di KL, jumlahnya jauh lebih kecil dan tidak memberi kesan kepada jumlah di atas.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita boleh mengesahkan yang bukan sahaja Bersih 4.0 gagal mencapai matlamatnya untuk menukar regim dan lebih penting, pihak penganjur telah terlebih anggar pengaruh mereka dan tersalah membaca mood awam. Ini telah menyebabkan perhimpunan yang terhasil tidak mencapai kuanttiti dan kualiti yang diperlukan (penyertaan pelbagai kaum) dan telah menjejaskan tujuan asal perhimpunan ini.

Bersih juga terlepas peluang keemasan untuk memaksa Najib berundur dan peluang itu kini telah tertutup. Kerajaan juga selepas ini tidak akan memandang Bersih dengan serius dan tidak akan menghiraukan perhimpunan mereka selepas ini.

Kegagalan ini juga memberi mesej yang jelas kepada Pakatan dan pihak yang tidak berpuas hati dengan Najib di dalam BN – mereka tidak akan memperolehi mandat rakyat jika mereka cuba mewujudkan undi tidak percaya terhadap PM apabila parlimen bersidang Oktober nanti.

Oleh Calvin Sankaran,
https://m.malaysiakini.com/letters/312630