Mengenai Bersih 4.0 & Akibatnya. Satu Karnival Politik & Mungkin Satu Sarkas Spontan

Analisis berikut telah diterjemahkan daripada komen di Sin Chew ditulis oleh Tay Tian Yan, Timbalan Ketua Pengarang.

Ini mengesahkan sedikit sebanyak tentang apa yang diperkatakan tentang perhimpunan Bersih yag memakan diri sendiri dan tidak menjejaskan PM kerana jumlah kehadiran kaum Cina yang menggalakkan.


Mengenai Bersih 4.0 dan akibatnya.

Adalah lebih menarik untuk bercakap mengenai perhimpunan Bersih 4.0 dan akibatnya.

PERTAMA: Najib dan UMNO tidak terjejas dengan protes. Sokongan Najib adalah berasaskan UMNO dan sokongan UMNO berasaskan konservatif Melayu. Jadi, jika orang Melayu konservatif tidak terpengaruh, UMNO dan Najib tidak akan goncang.

KEDUA: MCA dan Gerakan yang rugi terbesar. Oleh kerana penunjuk perasaan telah gagal untuk menggoncangkan Najib dan UMNO, mereka akan beralih sasaran mereka kepada MCA dan Gerakan dan mengarahkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap kedua-dua pihak. Pengundi Cina boleh menggunakan peti undi untuk menyatakan kemarahan mereka.

KETIGA: Tun Dr Mahathir Mohamad gagal untuk memuaskan hati mana-mana pihak dengan kehadirannya. Dr Mahathir mengecam protes awam sebelum ini. Beliau tidak mempunyai tempat dalam perhimpunan tersebut yang terdiri daripada 70 hingga 80 peratus Cina. Sebaliknya, beliau telah dibidas kerana mengkhianati UMNO dan konservatif Melayu.

KEEMPAT: Di manakah Anwar? Anwar, pemimpin utama di perhimpunan Bersih sebelum ini, kini merengkok di dalam penjara. Seruan Keadilan untuk membebaskannya telah tenggelam oleh bunyi nyaring vuvuzela.

KELIMA: Harapan GHB telah hilang. Kecuali kehadiran beberapa pemimpin GHB, terdapat sedikit pengikut PAS tanpa mobilisasi.

KEENAM: Hadi Awang sedang ketawa sekarang. Keputusannya untuk tidak menyertai Bersih 4.0 adalah pertarungan menentang DAP. Beliau membuat pertaruhan dan menang. Dengan berbuat demikian, beliau juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada UMNO.

KETUJUH: Bersih 4.0 berjaya mencapai jumlah peserta yang ramai tetapi gagal mencapai jumlah keseimbangan kaum. Terdapat keperluan untuk mendidik peserta pergerakan sivil seperti itu untuk mengelakkan kejadian buruk seperti memijak gambar pemimpin kerajaan dan pemimpin agama atau menjerit gelaran buruk.

Pada masa ini para pengikut Bersih cuba untuk membuat bola salji yang boleh bergolek ke bawah dengan momentum semakin besar pada setiap masa.

Malangnya berat bola itu semakin pudar. Akhirnya ia hanya satu karnival politik dan mungkin sedikit sebanyak satu sarkas spontan.