Menuduh Pihak berkuasa Pilih Kasih: Datuk Bandar Kuala Lumpur Sudah Memohon Agar Tarikh Bersih 4.0 Dianjak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Penyokong Tokong dan BERSIH, Davis Tan bersuara tentang perhimpunan Baju Merah


Semalam akhbar alternatif tertentu membuktikan sekali lagi bahawa DEMOKRASI hanya terhad kepada golongan tertentu.

Anda dapat merasakan bahawa media alternatif menunjukkan bahawa golongan yang lain tidak dibenarkan untuk membuat perhimpunan dan demonstrasi mereka tetapi hanya orang-orang yang terpilih saja boleh.

Dalam BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 kamera ada dimana-mana, yang meliputi semua tempat, BERSIH 4.0 hanya terhad kepada kawasan tertentu. Kamu tahu kenapa? Orang ramai tidak ada, itulah sebabnya.

Hari ini, akhbar alternatif memanipulasi sudut kamera mereka – sekali lagi memberi tumpuan kepada tempat-tempat tertentu yang paling kurang orang, sampah diletakkan di atas jalan, konflik dan beberapa post perkauman tetapi mereka tidak memberi tumpuan kepada kumpulan besar yang ada di jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam video ini .

Angka rasmi disebut oleh PDRM untuk perhimpunan 916 adalah 30,000 orang, saya tidak tahu dari mana media berita alternatif laporkan berkata PDRM menyebutt 250,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut.

Adakah mereka cuba untuk gambarkan PDRM seperti orang bodoh?

Sesetengah parti-parti politik, peguam atau ahli politik bermusim pro-pembangkang menerbitkan gambar yang diedit dan gambar palsu memburukkan hadirin perhimpunan baju merah.

Yang paling mengecewakan adalah daripada peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen yang menaikkan gambar diubahsuai tertulis ‘Cina Bxxx’ dan dia kena dikesan oleh orang lain.

Mengapa dia tunduk begitu rendah? Ini juga mengukuhkan pandangan saya bahawa NED adalah benar-benar di belakang demonstrasi di Malaysia untuk membuat negara kita bergolak.

Jawatankuasa BERSIH menuduh kerajaan pilih kasih ke atas BERSIH 4.0 tetapi mereka sama sekali lupa penganjur Himpunan Baju Merah menerima nasihat DBKL dan PDRM serta menukar tarikh perhimpunan mereka pada 16 September tanpa bercanggah dengan sambutan Hari Kebangsaan kita.

Mereka juga menerima nasihat untuk menggunakan lokasi alternatif yang disediakan oleh DBKL juga, itulah sebabnya DBKL dan PDRM perlu meluluskan perhimpunan mereka kerana ini adalah janji yang mereka buat kepada mereka.

Masih ingat Datuk Bandar Kuala Lumpur memaklumkan Maria Chin Abdullah, memohon perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan selepas 1 September?

Mereka mempunyai sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, mereka boleh berdemo sehingga 1 bulan, tiada masalah kerana DBKL akan memberi kelulusan bagi mereka untuk menggunakan tempat tersebut asalkan pada tarikh lain. Siapa yang pilih kasih, yang mahu mewujudkan konflik?

Adakah anda melihat bagaimana PDRM bertindak balas dengan melindungi Petaling Street? Adakah ini pilih kasih oleh polis?

Masih ingat mengapa PDRM tidak mempunyai masalah dengan perhimpunan KL112 dan demo Anti GST? Oleh kerana penganjur KL112 dan Anti GST mengikut peraturan yang ditetapkan oleh PDRM, tiada siapa yang mendapat susah, semua aman.

Saya tidak menyokong mana-mana pihak, hanya ingin menunjukkan apa yang salah dengan akhbar alternatif kita yang sengaja menerbitkan temubual orang yang kurang pengaruh tetapi tidak menerbitkan temubual lain yang dapat memberi jawapan yang baik.

Manipulasi media adalah tindakan yang sangat berbahaya yang kita semua harus mengutuk mereka kerana ia akan memberi gambaran palsu kepada orang lain.

Ia juga akan memberu kesan pada kesaksamaan kita terhadap laporan berita, dan memberi keadilan palsu terhadap orang lain dan adalah tidak adil untuk anda juga.

Oleh Davis Tan,
https://www.facebook.com/Davis.The.EcoWarrior