Menurut Wall Street Journal & The Malaysian Insider, Abu Dhabi Tidak Dapat Mengesan Bayaran USD1.4 Bilion Dari 1MDB, Benarkah?

Saya telah diminta oleh ramai orang untuk memberikan komen terhadap artikel Wall Street Journal yang bertajuk “Malaysia’s 1MDB Fund Scandal Spreads to U.A.E.” dan artikel di The Malaysian Insider yang turut mengupas perkara yang sama yang bertajuk “Abu Dhabi alleges US$1.4 billion from 1MDB missing, says WSJ”.

Kedua-dua artikel ini mendakwa IPIC, dana negara milik Abu Dhabi tidak dapat mengesan bayaran US$1.4 bilion dari 1MDB.

Ini adalah pemerhatian saya:

1) The Malaysian Insider telah berbohong sekali lagi dengan tajuk berita “Abu Dhabi alleges US$1.4 billion from 1MDB missing, says WSJ” – yang semuanya adalah tidak benar.

“Ibrahim Al Abed, jurucakap untuk UAE , Duta Besar UAE ke US, IPIC dan Aabar tidak memberikan respon apabila ditanya mengenai pemindahan itu.”

Maka, TMI adalah salah apabila mengatakan Abu Dhabi mendakwa wang tersebut telah hilang kerana dakwaan itu bukan dari saluran rasmi kerajaan. Malah WSJ sekalipun tidak akan menggunakan tajuk berita yang mengelirukan seperti TMI ini.

2) Memandangkan tuduhan seperti ini memberikan kesan kepada kedua-dua negara, kita sepatutnya menunggu pengesahan dari Kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi.

Saya sendiri tidak pasti sama ada IPIC ada menerima bayaran tersebut tetapi saya akan menjadi sangat terkejut jika mereka tidak menerimanya kerana:

– Wang yang ‘hilang’ itu mempunyai kaitan dengan bon bernilai US$3.5 billion yang diterbitkan pada tahun 2012, dimana bon itu dijamin oleh IPIC. Jika hanya selepas 3 tahun baru IPIC menyedari terdapat US$1.4 bilion telah hilang, maka saya tak tahu nak cakap apa lagi. Butiran mengenai bon tahun 2012 ini beserta dengan syarat-syarat dan perjanjiannya dipaparkan dengan jelas di dalam Laporan Kewangan Diaudit 2014 IPIC.

– Adalah sangat tidak bijak bagi IPIC untuk mengambil alih pembayaran faedah (sudah selesai) untuk bon US$3.5 bilion itu (yang akan diambil alih sebagai sebahagian dari perjanjian penyelesaian) dan membayar US$1 bilion tunai kepada 1MDB pada Jun tahun ini sekiranya wang tersebut hilang.

Di sini, anda boleh mempersoalkan kecekapan kerajaan UAE sekiranya mereka gagal mengesan, selama 3 tahun, wang US$1.4 bilion yang hilang itu.

3) Laporan WSJ juga mengesahkan unit Cayman/BSI adalah bernilai.

WSJ telah mendedahkan yang PAC (termasuk Tony Pua) telah diberitahu yang unit yang menjadi pertikaian dan dikatakan tiada nilai berjumlah US$2.32 bilion telah dijamin oleh Aabar Group, yang menjadi sebahagian dari kerajaan Abu Dhabi sejak 2012 – satu maklumat yang tidak pernah didedahkan oleh Tony Pua, 1MDB atau sesiapa.

Saya percaya 1MDB ingin memberitahu yang unit ini telah dijamin oleh Abu Dhabi tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana syarat perjanjian – terutamanya antara 2 kerajaan yang berdaulat.
Ketidakmampuan mereka untuk mendedahkan perkara ini telah membolehkan para pengkritik menyerang mereka bertahun-tahun.

Saya percaya, pembayaran US$1 bilion dari IPIC ke 1MDB ini adalah untuk lebihan unit (majoriti dari US$2.32 bilion tersebut telah ditebus sebelum ini) yang dijamin oleh Aabar dan IPIC menepati syarat jaminannya dengan pembayaran ini – yang secara asasnya menutup kes US$2.32 bilion pelaburan Cayman dan unit BSI.

Dan memandangkan unit ini sepatutnya datang dari keuntungan usaha sama 1MDB-PetroSaudi, ini membuktikan tiada wang yang hilang dan memberikan kredibiliti pada dakwaan 1MDB dimana mereka mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya US$500 juta hasil usaha sama dengan PetroSaudi.

Jadi, jika tiada wang 1MDB yang hilang, bagaimana pula Jho Low atau GoodStar boleh ‘mencuri’ US$1.83 bilion dari 1MDB?

Memandangkan PAC telah ditunjukkan bukti jaminan Aabar ini, saya terkejut Tony Pua langsung tidak memohon maaf apabila berkata unit Cayman tiada nilai.

Mungkin beliau akan berkata beliau tidak boleh komen perkara ini kerana ia hal sulit PAC?

4) WSJ Nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk mengaitkan pembayaran US$681 juta ke dalam akaun PM Najib sebagai wang dari 1MDB.

Walaupun kenyataan rasmi SPRM telah mengesahkan yang wang tersebut bukan dari 1MDB dan pelbagai kenyataan dari menteri mengatakan wang tersebut adalah sumbangan politik dari Timur Tengah, hari ini WSJ mencuba lagi sekali untuk mengaitkannya dengan 1MDB.

Baca kenapa saya fikir ianya tidak mustahil yang semua ini datang dari penderma Timur Tengah ketika Arab Spring sedang berlangsung dan mengapa penderma tersebut merahsiakan diri.http://limsiansee.blogspot.my/2015/08/arab-money-and-malaysian-spring.html

Di dalam artikel yang diterbitkan pada bulan Julai, WSJ telah mendedahkan bagaimana wang tersebut telah mengalir masuk ke dalam akaun PM Najib, malah hingga cuba mengaitkannya dengan bon US$3 bilion yang diterbitkan pada Mac 2013, sebulan sebelum wang tersebut masuk ke dalam akaun PM Najib.

Memandangkan usaha tersebut tidak berjaya, WSJ kini cuba mengaitkan dengan bon US$3.5 bilion pada tahun 2012.

Anda mesti tertanya-tanya mengapa WSJ begitu bersungguh-sungguh dalam usaha mereka.

5) Rahsia sulit dan rasmi Malaysia terus dibocorkan kepada media asing yang menunjukkan terdapat usaha yang jitu untuk menumbangkan PM Najib dan Kerajaan Malaysia.

Saya telah mempersoalkan mengapa hanya beberapa bahagian dari keseluruhan kertas siasatan terhadap 1MDB dibocorkan kepada WSJ, hanya beberapa hari selepas UMNO mengumumkan penangguhan pemilihan parti. WSJ telah mengesahkan mereka menerima maklumat tersebut daripada penyiasat kerajaan.

Maklumat yang sekadar beberapa muka surat ini hanya menunjukkan bagaiamana wang mengalir ke dalam akaun Najib tetapi tidak menunjukkan siapa yang memberikan wang tersebut (telah didedahkan sebagai penderma dari Timur Tengah tetapi penderma mahu identitinya dirahsiakan), sama ada ianya dibenarkan oleh perlembagaan UMNO iaitu Presiden boleh memegang dana bagi pihak parti (ya, ada di dalam perlembagaan) dan kemanakah dana ini digunakan – maklumat yang tersedia ada sepenuhnya pada para penyiasat.

Tetapi yang peliknya, hanya beberapa mukasurat sahaja yang didedahkan kepada WSJ beberapa hari selepas UMNO menangguhkan pemilihannya ke selepas PRU14.

Dan sekali lagi di dalam laporan hari ini, WSJ berkata mereka telah meneliti laporan awal Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB, yang sudah siap dan dikeluarkan pada Julai. Dokumen ini amat sulit dan hanya boleh diakses oleh PAC dan MOF sahaja.



Bagaimana satu media asing boleh memperolehi dokumen yang sebegitu sulit yang hanya dikeluarkan tidak berapa lama dulu?

Siapakah, yang berada di dalam kerajaan, yang berkonspirasi dengan media luar dan cuba untuk menjatuhkan kerajaan sendiri?

Jika terbukti PM Najib melakukan jenayah dengan mengambil wang 1MDB, beliau mesti dimasukkan ke penjara.

Tetapi, jika terbukti beliau tidak melakukan apa-apa jenayah dan wang tersebut bukan dari 1MDB, apa tindakan yang patut kerajaan ambil ke atas individu-individu yang tidak henti-henti membocorkan makluma sulit kepada media asing yang memberi imej amat buruk kepada negara kita dan menjejaskan ekonomi?

Apa tindakan yang patut diambil ke atas orang yang berniat jahat ini?