Nilai Toleransi Antara Kaum Ini Tidak Boleh Ditingkatkan Sekira Ada Diantara Rakyat Malaysia Yang Sengaja Memainkan Isu Kepentingan KAUM

Sudah lama kita bersetuju untuk TIDAK membenarkan sama sekali apa saja bentuk RAPAT UMUM/Perhimpunan.

MCA seharusnya menghidu pergerakan ini lebih awal, lebih proaktif dalam memupuk nilai Toleransi didalam kaum Cina yang rata-rata sudah di hasut oleh DAP.

Nilai Toleransi antara kaum ini tidak boleh di tingkatkan sekira ada diantara rakyat Malaysia yang sengaja memainkan isu kepentingan KAUM selain yang telah di persetujui semasa Pembentukan Tanah Melayu di tambah dengan Pembentukan Malaysia melalui Rukun Negara.

Lahir sahaja anak Malaysia hari ini, mereka tidak memerlukan sistem pendidikan yang bercampur antara satu sama lain, rakyat Malaysia boleh hidup tanpa ada pergaulan diantara kaum lain.

Sistem Persekolahan yang terlalu memberi kepentingan KAUM daripada Toleransi Kaum. Anak-anak Cina boleh belajar di Sekolah Tadika Cina, Sekolah Rendah Cina, Sekolah Menengah Cina, Universiti Taiwan (Cina) malah boleh masuk TAR Universiti (90% Cina).

Sistem Pendidikan ini sudah pasti akan melahirkan generasi Rakyat Malaysia yang tidak memerlukan ekosistem kehidupan di dalam satu Negara Majmuk. Ekosistem kehidupan bagi Rakyat Malaysia hari ini tidak memerlukan kebergantungan sesama kaum.

Dek sebab ini lah, DAP dengan senang menyemai perasaan bahawa Cina Terpinggir, Cina Memerlukan Dasar Malaysia Malaysia, Kenapa Melayu/Bumiputera mendapat Keistimewaan, dan wujudlah perasaan tidak samarata dek sebab tidak memahami “Inspirasi Negara Malaysia”

Itu sebab Sekolah Satu Aliran/Sekolah Kebangsaan diperlukan, sekurang-kurangnya anak Malaysia dapat bergaul didalam satu sistem pendidikan menengah selama 6 tahun dan seterusnya ia dapat menghidupkan Ekosistem Rakyat Malaysia yang Majmuk.

Melalui sistem penyiaran pula, Rakyat Malaysia tidak memerlukan kebergantungan Bahasa Malaysia, Orang Cina boleh melihat cerita di Saluran Astro Cina, Berita dalam Bahasa Cina, jadi bila masa kaum lain memerlukan Bahasa Malaysia?

Apa yang Orang Melayu/Bumiputera minta adalah menghormati sempadan yang telah di persetujui dari awal pembentukan Malaysia.

Hormat dan patuh kepada Bahasa Malaysia, hormat sempadan sensitiviti Islam(Touch A Dog/October Fest, Kalimah Allah dll), Hormat dan patuh kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan, Hormat Dasar Ekonomi, dan yang paling penting.. Jangan pertikai sistem Demokrasi yang sekian lama kita praktikan.

Saya bukan lari daripada Tajuk berkenaan Larangan apa sahaja bentuk Perhimpunan oleh MCA, sengaja saya nak nyatakan, perhimpunan Bersih yang di pelopori kaum Cina bukan terbentuk dalam jangkamasa pendek, ianya sudah disemai sekian lama dalam Facebook dan Medium Media Sosial yang lain, dalam bahasa Cina.

Malah saya minta pihak MCA agar sama-sama turun padang dan menilai semula nilai toleransi yang sekian lama sudah terpinggir dalam sistem pendidikan Negara dan Ekosistem rakyat Malaysia.

Nak membina sebuah negara yang aman dan indah bukan senang, namun sekira nak merosakkannya ianya mengambil masa yang amat pendek.

Oleh Mohd Razlan Muhd Rafii,
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.