Pakatan Harapan Ditubuh Kali Ini Tanpa PAS

PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) telah memutuskan untuk membentuk satu pakatan pembangkang baru, yang dinamakan ‘Pakatan Harapan’ (PH).

Ini telah diumumkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media hari ini selepas perbincangan meja bulat antara ketiga-tiga pihak.

PAS telah dijemput untuk perbincangan tetapi menolak.

Bagaimanapun, saya mengalu-alukan nama baru ini kerana Pakatan Rakyat yang sudah mati adalah pengiklanan palsu.

Mereka tidak pernah berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk harapan bersifat individu mereka sendiri untuk menjadi menteri persekutuan.

Rakyat boleh diketepikan.

Oleh itu, nama baru ini adalah lebih jujur. *Tepuk tangan*


Secara rasminya hari ini, Pakatan Harapan ditubuh melibatkan PKR, DAP dan juga Parti Amanah Negara tanpa Pas.

Pakatan tersebut tertubuh setelah selesai Perbincangan Meja Bulat yang berlangsung selama lebih tiga jam dan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita muafakat penubuhan satu Pakatan Harapan cadangan namanya.

“Krisis dan kepincangan kepimpinan Najib tidak boleh berterusan.. Mengambil kepentingan rakyat ini untuk kepentingan rakyat parti-parti yang hadir bersetuju untuk membuat pakatan pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan,” katanya kepada wartawan ketika sidang media di Empire Hotel hari ini.

Susulan daripada penubuhan Pakatan Harapan itu, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan dengan diwakili Setiausaha Agung setiap parti bagi membentuk dasar gabungan dengan lebih terperinci.

“Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.

“Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan dan lain-lain,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Wan Azizah turut menyatakan keterbukaan Pakatan Harapan untuk menerima mana-mana parti lain untuk bersama mereka meskipun tidak merujuk langsung kepada Pas.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1722293244656129&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1