Pemenjaraan Xavier Andre Justo Mungkin Akan Mencetuskan Siasatan & Saman Di 3 Negara

Hukuman penjara 3 tahun yang dikenakan terhadap Xavier Andre Justo, seorang pakar IT warga Switzerland kerana kesalahan peras ugut oleh sebuah mahkamah Thailand boleh mencetuskan siasatan jenayah dan saman di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

Justo telah mengaku salah kerana mencuri maklumat korporat sulit dari bekas majikannya PetroSaudi International. Maklumat tersbut digunakan oleh mediaantarabangsa dalam kempen mereka ke atas Kerajaan Malaysia berkenaan dengan dakwaan kesalahan kewangan di 1Malaysia Development Berhad, sebuah dana pelaburan milik negara.

Peguam dan sumber polis di Thailand dan di sini sedar, pengakuan bersalah oleh Justo boleh mendedahkan beberapa individu yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti memberi rasuah, penipuan, keselamatan siber, jenayah siber dan penggubahan wang haram.

Pemain utama di dalam kemelut Justo ini adalah Clare Rewcastle Brown, pengasas laman web Sarawak Report yang berpangkalan di London dan Tong Kooi Ong, pemilik The Edge Media Group.

Walaubagaimanapun, siasatan oleh polis Thailand mendedahkan terdapat beberapa individu berpengaruh lain yang turut terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber polis dan peguam juga berkata pengakuan Justo kepada polis Thai dan bukti yang dirampas di kediamannya di Pulau Koh Samui boleh menjadi bukti yang sangat penting dan akan mencetuskan tindakan undang-undang yang sama di Singapura dan UK.

Kerajaan sudah menggantung penerbitan The Edge dan menyekat akses kepada Sarawak Report.

Polis sedang menyiasat Clare Rewcastle Brown, Tong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Ho Kay Tat atas tuduhan yang ketiga-tiga mereka terlibat dalam konspirasi untuk menumbangkan kerajaan Malaysia dengan cara yang tidak demokrasi.

Peguam dan polis berkata, Brown dan Tong mungkin telah melanggar Akta Rasuah di UK kerana mereka berpakat untuk merasuah Justo supaya menjual data yang dicuri itu.

Mereka juga berkemungkinan melanggar akta Akta Penipuan UK kerana mengakui memiliki data korporat yang dicuri.

Peguam dan polis menambah, Tong, Ho dan Brown mungkin telah melanggar undang-undang di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber di Singapura dan kanun keseksaan negara tersebut kerana terlibat dalam urusan jual beli data curi dan terlibat di dalam konspirasi.

Tindakan mereka juga boleh mengakibatkan mereka didakwa melanggar Akta Jenayah Komputer di Malaysia, sementara di Thailand, mereka boleh didakwa atas kesalahan menjalankan urusniaga ke atas data curi, sumber peguam dan polis berkata.

Sumber: http://www.nst.com.my/news/2015/09/justo’s-jailing-may-spark-probes-suits-3-countries?d=1