Pendedahan Terbaru Menampakkan Belang Sebenar Clare Rewcastle Brown! Sanggup Langgar Undang-undang Beberapa Negara Dengan Membantu JUSTO Mengumpul & Menggubah Wang Haram

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, yang berkonspirasi bersama dengan beberapa individu lain untuk menentang Malaysia, telah memberitahu Xavier Andre Justo yang dia sedang mengubah ‘takdir sebuah negara’ serta akan meraikannya dengan segelas champagne apabila ‘Najib tumbang’.

Pendedahan terbaru yang mengejutkan berikutan tarikh jatuh hukuman penjara terhadap Justo di Thailand, telah mendedahkan belang sebenar Rewcastle Brown dan kesanggupan beliau untuk melanggar undang-undang beberapa negara dengan membantu Justo mengumpul, dan kemudiannya menggubah US$2 juta di dalam bentuk bayaran untuk emel yang dicuri oleh Justo dari bekas majikan beliau, PetroSaudi.

Justo, seorang warganegara Switzerland, sedang menjalani hukuman penjara selama 3 tahun di Thailand kerana mengugut bekas majikan beliau. Tetapi siasatan pihak berkuasa Thai terhadap Justo telah membuka satu kotak Pandora berkenaan plot yang dirancang oleh Rewcastle Brown dan sekutunya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Di tengah-tengah pendedahan ini, menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, adalah perbualan selama 3 bulan di WhatsApp yang melibatkan Clare Rewcastle Brown, Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat dari The Edge Media Group dan Justo, yang menawarkan untuk menjual data yang dicurinya pada pembida tertinggi.

Pada 15 Julai, New Straits Times melaporkan seorang bekas editor Sarawak Report telah mendakwa Rewcastle Brown telah mengubahsuai dokumen yang digunakan untuk memfitnah 1Malaysia Development Berhad dan Najib di dalam satu siri pendedahan yang disiarkan di laman web tersebut.

Editor tersebut, Lester Melanyi, dikatakan telah menamakan beberapa individu, termasuklah beberapa orang ahli politik pembangkang yang terkemuka, yang terlibat di dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Perbualan WhatsApp tersebut, menurut sumber, turut mendedahkan Rewcastle Brown mempunyai hubungan yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: http://www.nst.com.my/news/2015/09/‘i-will-drink-when-najib-done’