Penyiasatan Najib-1MDB Akan Memakan Diri: Membuat Aduan Kepada Mahkamah Perancis & Siasatan Polis Perancis Memusnahkan Dakwaan SUARAM

Menurut The Malay Mail, Britain baru sahaja menyertai senarai negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB dan kemungkinan salah urus agensi itu dan penyelewengan wang. Pada asasnya, isu di sini ialah sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat memindahkan apa-apa wang ke akaun bank peribadi dan / atau menggunakan wang 1MDB atas sebab-sebab peribadi.

Penyiasatan ini adalah hasil daripada ‘pendedahan’ oleh Sarawak Report dan laporan yang dibuat oleh Khairuddin Abu Hassan di pelbagai negara di mana 1MDB dikatakan memiliki akaun bank atau ke mana wang 1MDB telah disyaki telah mengalir atau sebaliknya.

Ini adalah satu kemenangan ‘public relations’ (perhubungan awam) bagi kumpulan anti-Najib. Ini menjadikan ia kelihatan seperti banyak negara telah menerima dakwaan bahawa Perdana Menteri telah melakukan sesuatu yang seleweng atau tidak jujur. Jika tidak mengapa mereka harus mahu untuk menyiasat dakwaan tersebut, termasuk Britain?

Bahaya dengan ini, sudah tentu, adalah bahawa dengan begitu banyak negara kini menyiasat (atau mengumumkan bahawa mereka sedang menyiasat) 1MDB, mereka lebih baik berharap agar sesuatu yang ‘positif’ berhasil daripada itu. (Positif untuk kumpulan anti-Najib, sudah tentu, yang bermaksud negatif bagi Najib). Jika akhirnya tiada apa yang berlaku maka ia akan menjadi kemenangan perhubungan awam Najib pula sebaliknya.

Ini adalah sama seperti pengumuman beberapa tahun yang lalu bahawa perbicaraan yang sedang dijalankan di Perancis untuk menyiasat dakwaan bahawa Najib adalah dalang di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Akhirnya telah didapati bahawa tidak ada perbicaraan. Ia hanya satu siasatan polis yang diperintahkan oleh mahkamah berdasarkan laporan yang dibuat oleh Suaram.

Apabila seseorang membuat laporan dengan mahkamah Perancis, hakim akan memerintahkan polis untuk menyiasat dakwaan tersebut dan kembali dengan satu laporan. Dan ini adalah apa yang berlaku dengan apa yang dikenali sebagai ‘perbicaraab pembunuhan Altantuya’ di Paris, yang bukannya satu perbicaraan tetapi hanya siasatan polis.

Pihak polis telah memanggil pelbagai saksi untuk merakamkan kenyataan mereka dan menghasilkan laporan beratus-ratus muka surat. Dakwaan bahawa Altantuya, Najib dan Razak Baginda membuat beberapa lawatan ke Perancis, bersama-sama, telah dinafikan oleh pihak polis. Rekod imigresen dan Interpol menunjukkan bahawa ketiga-tiga individu tersebut tidak memasuki Perancis dalam tempoh itu. Malah, Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pada bila-bila masa.

Dakwaan bahawa Altantuya seorang jurubahasa dalam perundingan kapal selam turut dinafikan oleh polis Perancis. Malah, tiada siapa daripada pihak pembekal kapal selam yang pernah bertemu dengan beliau. Mereka juga berkata, semua rundingan dibuat di Malaysia, bukannya di Perancis dan rundingan dibuat dalam bahasa Inggeris, bukan dalam bahasa Perancis.

Jika terdapat apa-apa syak wasangka sebelum itu, siasatan polis Perancis dan laporan yang diikuti sebenarnya membuktikan sebaliknya. Oleh itu langkah untuk membuat aduan kepada mahkamah Perancis dan siasatan polis Perancis sebenarnya memusnahkan dakwaan Suaram terhadap Najib.

Pendek kata, polis Perancis berkata dakwaan itu tidak benar. Dan mereka juga mengambil kenyataan penyiasat persendirian Bala dan menolaknya berdasarkan alasan bahawa keterangannya tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten.

Melainkan jika polis British, atau pihak berkuasa salah satu daripada negara-negara lain, boleh keluar dengan laporan yang mengesahkan bahawa 1MDB adalah mangsa penipuan, langkah membuat laporan di pelbagai negara akan memakan diri seperti apa yang telah terjadi di Perancis mengenai Altantuya.

Ini adalah bahaya yang mereka hadapi dalam langkah terbaru ini. Mereka lebih baik berharap bahawa pihak kerajaan Inggeris, Swiss, Hong Kong, dan lain-lain, menemui sesuatu dan mengumumkan bahawa terdapat bukti penipuan. Jika tidak, ini akan memihak kepada Najib, sama seperti penyiasatan Perancis pada pembunuhan Altantuya.

Sekarang anda tahu mengapa kita tidak mendengar apa-apa dari Perancis sudah dua tahun. Ya, ini adalah mengapa sebabnya. Semuanya memakan diri sendiri dan memihak kepada Najib. Dan ini mungkin tepat apa yang akan berlaku dalam penyiasatan 1MDB di seluruh dunia dan juga jika mereka tidak berhati-hati.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/the-najib-1mbd-investigation-what-if-it-backfires/