Perhimpunan Baju Merah Adalah Reaksi Kepada Perhimpunan Bersih

“Tidak kira apa warna baju yang anda mahu pakai semasa perhimpunan, hanya jangan berbuat apa-apa yang boleh menyebabkan keganasan,” Pak Lah berkata.

Pak Lah tidak pernah dikenali sebagai bersikap perkauman dan pandangannya seperti bagaimana saya melihatnya.

Perhimpunan baju merah adalah reaksi kepada perhimpunan BERSIH – terutamanya budaya yang dipengaruhi DAP dengan menghina dan menghasut, menggunakan pengebumian olok-olok, wang neraka, penyapu, selipar untuk memukul dan memijak gambar pemimpin.

Apabila anda menggunakan amalan budaya etnik untuk menghina budaya lain, anda masih mengharapkan ia tidak dilihat sebagai satu tanggapan bersifat perkauman atau menghina?

Apa RPK berkata adalah sangat benar:
“What you say and do can affect race relations. It is not what you do and say that matters. It is how others perceive what you do and say that counts.”

Mereka yang tidak melihat tindakan-tindakan bodoh ini sebagai isu yang akan mencetuskan satu tindak balas adalah benar-benar mengalami ‘self-denial ostrich syndrome’.

Ya, beberapa orang dalam perhimpunan merah telah melampaui batas juga dengan penghinaan perkauman mereka tetapi itu yang berlaku apabila sekumpulan besar orang berkumpul dalam dan beberapa dari mereka boleh bersikap melampau.

Sekali lagi, penyokong perhimpunan merah berkata ini adalah perbuatan minoriti – merupakan alasan yang sama yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin perhimpunan kuning.

Malangnya, tindakan yang melampau dan menarik perhatian minoriti mendorong persepsi majoriti.

Anda tidak mahu ini berlaku? Oleh itu jangan melakukan perkara bodoh dan provokatif seperti ini.

Lebih baik lagi, jangan mengadakan perhimpunan dari awal lagi.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1720920958126691&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1