Pernah Tanya Mengapa Perhimpunan Bersih 4.0 Di Kuching, Sarawak Telah Diluluskan Oleh Polis?

Ada sesiapa yang pernah bertanya mengapa perhimpunan BERSIH 4.0 di Kuching telah diluluskan oleh Polis?

Nampak perbezaannya?

Nota: Saya tidak bersetuju dengan mana-mana perhimpunan jalanan seperti di mana-mana negara (KPN juga tidak bersetuju) tetapi sekadar menyenaraikan sebab-sebab bagi kelulusan.

1) Nama telah ditukar daripada Himpunan Maruah Melayu kepada Himpunan Rakyat Bersatu di mana tiada sekatan bangsa dan semua adalah dialu-alukan.

2) Tempat telah ditukar ke Padang Merbok, yang sebenarnya padang, medan ini dulu digunakan oleh Pakatan untuk Himpunan Blackout505 yang gagal dan palsu pada Jun 2013.

Tempat ini tidak digunakan untuk sambutan Hari Malaysia – yang pada tahun ini ialah di Kota Kinabalu, Sabah.

Himpunan BERSIH di Kuching juga telah diluluskan oleh Polis kerana mereka bersetuju untuk menjalankannya di tempat yang betul dan bukan di jalanan.

3) Tarikh tersebut pada Hari Malaysia itu sendiri dan tidak bercanggah dengan mana-mana persiapan untuk sambutan Hari Malaysia – tidak seperti perhimpunan BERSIH.

Bagi saya, saya berharap BERSIH 4 tidak berlaku dan himpunan baju merah anti-BERSIH juga tidak berlaku. Jika ini berterusan, kita akan bertukar menjadi Thailand.

Juga, satu lagi perkara yang Sampah Rakyat berbohong adalah bahawa PM Najib akan berada di Kota Kinabalu pada hari itu sempena sambutan Hari Malaysia – bukan di luar negara di London dan Amerika Syarikat sebagaimana yang mereka katakan itu. (melainkan jika anda menganggap menyeberangi Laut China Selatan sebagai keluar negara).

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1720149998203787&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1