Peserta BERSIH 4.0 Sebar Video Kepung & Provokasi Seorang Kakak Melayu

Seorang peserta BERSIH 4.0 merakamkan aksi mereka mengepung dan memprovokasi seorang wanita Melayu dalam Aliran Transit Ringan (LRT).

Dia keseorangan dan ditertawakan peserta Bersih apabila wanita itu cuba bercakap

Niat asal rakaman itu dimuat naik untuk mendapat simpati rakya yang kononnya majoriti menyokong Bersih, namun reaksi nitizen sebaliknya apabila menonton rakaman itu.

“Walaupun dia berdiri seorang diri sambil dikelilingi peserta Bersih, tapi itu sedikit pun tak mematahkan semangat Akak terbabit membalas hujah mereka, satu demi satu.

“Malah, tindakan peserta Bersih yang merakamkan video tersebut dan kemudiannya menyebarkannya di Internet sememangnya biadab dan tidak beretika kerana dia telah melarang berbuat demikian.

“Sudahlah tak amanah, mungkin si perakam ingat ramai akan mengutuk Akak tersebut kerana kenyataan tegasnya tapi malangnya, reaksi dari orang ramai pula sebaliknya. Kasihan betul,” ulas mynewshub. http://mynewshub.cc/2015/08/30/video-peserta-bersih-kena-sound-dengan-akak-dalam-lrt/

[fbvideo link=”https://www.facebook.com/wakeupmalaya/videos/825953910852695/” width=”720″ height=”720″ onlyvideo=”1″]

Video rakaman itu kini menjadi viral di media maya.

Rakaman video itu dimuat naik seorang penyokong Bersih, Mahes Billa yang turut mengecam wanita terbabit dalam tulisannya dengan berkata: “Seorang lagi bodoh, tak tahu apa itu Bersih 4.0.”

Dalam video berdurasi selama dua minit 50 saat itu, wanita terbabit bersoal jawab apabila dikecam peserta Bersih yang mengelilinginya beramai-ramai.

Menerusi rakaman video berkenaan, wanita itu berkata, dia sayangkan hak kebebasan bersuaranya tetapi peserta himpunan Bersih mencemuhnya dan mengetawakannya sambil berkata: “Saya rasa mak awak tak mengajar awak secukupnya.”

Bagaimanapun, wanita itu masih menjawab secara baik dengan berkata: “Awak tahu apa? Majoriti rakyat Malaysia mahu menyambut Hari Kemerdekaan secara aman.”

Peserta Bersih kemudian menyoalnya: “Adakah anda bercakap bagi pihak majoriti?”

Situasi mula berubah dan kedengaran jeritan peserta Bersih mencemuh wanita terbabit hingga menyebabkan beliau menjerit: “Kamu diam! Sudahlah menggunakan LRT ini sedangkan majoriti rakyat yang bayar untuk perkhidmatan ini tidak mahu demonstrasi yang menyalahi undang-undang.”

Namun, peserta Bersih yang bercakap dengan wanita itu enggan mengalah dan berkata: “Kerajaan mengenakan cukai ke atas kita dan masih ada orang yang tak tahu undang-undang himpunan aman.”

Wanita berkenaan kemudian dilihat menjawab:”Bersih perlukan permit yang sah.”

LRT kemudian dilihat berhenti dan apabila pintu terbuka, wanita terbabit berkata: “Sudah tak ada tempat kerana penuh dengan spesis Bersih.”

Keadaan kemudian dilihat tegang apabila sebahagian besar peserta Bersih yang berada berdekatan dengan wanita itu mula mengambil gambarnya.

Tindakan itu mencetuskan berang wanita berkenaan sambil mengugut mengambil tindakan terhadap mereka yang mengambil gambarnya, yang kemudian hanya ditertawakan peserta Bersih.