PKR Tanpa PAS: Undi Popular Anda Kini Cuma 36.1% Anda Kini Minoriti Yang Bising

Harap maklum. 52% atau 53% sudah tiada lagi. Diulang, ia tidak lagi wujud.

Pertama sekali, ia tidak pernah 52% atau 53% kerana anda tidak boleh gasak undi undi bebas dan undi rosak dengan memanggilnya undi untuk anda sendiri.

Ia sebenarnya 50.88% yang mengundi untuk parti-parti Pakatan dalam PRU13 yang terdiri daripada yang berikut:
PKR = 20.39%
DAP = 15.71%
PAS = 14.78%

Tokong dan bapanya ‘membunuh’ 50.88% atau 52% atau 53% dengan terus-menerus menyerang Abdul Hadi Awang dan PAS.

Dan kini bahawa Pakatan yang orang undi sudah tidak wujud dan PAS tidak mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan lagi kerana anda asyik menyerang dan mengutuk PAS serta mencuri ahli-ahli mereka, maka anda hilang 14.78%

Ia kini 20.39% + 15.71% = 36.1%

Ya, 36.1%

Sila biasakan diri.

Anda boleh mengatakan bahawa 52% tidak mengundi BN tetapi pada 47.38%, ia masih parti yang paling popular dalam PRU13.

Ya, anda boleh katakan 52% mengundi menentang BN tetapi itu juga bermakna 63.9% mengundi menentang anda semua juga.

Kemudian hanya tinggal PKR + DAP pada 36.1%

Anda kini minoriti yang bising. Sila hadam.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1719154718303315&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1